Tuesday, May 17, 2011

[Exam Fever Campaign] Solat Sunat Hifzi




Kaifiat/kaedah Solat Sunat Hifzi :
  • Dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam yang memisahkan antara kedua-duanya.
  • Sebaik-baiknya dilakukan selepas bangun dari tidur.
  • Dikerjakan sebanyak 3,5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
  • Dibaca pada rakaat pertama Surah Al Fatihah dan Surah Yasin.
  • Kemudian diikuti rakaat yang kedua dengan membaca Al Fatihah dan Surah Ad Dukhan.
  • Seterusnya pada rakaat ketiga dengan membaca Al Fatihah dan Surah As Sajadah.
  • Pada rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang keempat dengan membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Mulk.
  • Membaca doa Solat Sunat Hifzi setelah selesai salam.
Bersempena dengan imtihan, antara objektif pelaksanaan Solat Sunat Hifzi :
  • Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
  • Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
  • Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
  • Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T atas usaha-usaha yang telah dilakukan.
  • Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.

*Minta kerjasama Ikhwah dan Akhawat yang akan hadir untuk menjadi Musyrif dan ber-Musyrif.

No comments:

Post a Comment