Saturday, July 30, 2011

Thursday, July 28, 2011

L.I.F.E 2



Love Islam For Eternity 2

"Towards Better Undertsanding of Islam"

Terbuka kepada semua pelajar Perubatan Konvensional tahun 2, Pergigian (1 & 2), dan Pelajar Farmasi.

Tarikh: 3 Ogos (Rabu)

Masa: 12:30 Tengahari

Tempat: Darul Rahmah

Pengisian:
Slot 1:- "Modern Jahiliyyah of 20th Century"
Slot 2:- "Mendidik Jiwa"

Pendaftaran:
Daftarkan nama anda secara percuma kepada:
 i)    Inbox profile facebook "Tahundua Konvensional" (amat digalakkan)
 ii)   Wan Muhammad Saifullah ( 014-3362992 / myid.saiful@yahoo.com 
iii)  Nurul Nadirah Ramli ( 011-9283552 / nur_autumn@yahoo.com )

Makanan Berbuka dan Kertas Kerja Disediakan !!

Sama-sama menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak dengan majlis ilmu dan muhasabah :)

Monday, July 25, 2011

Aku Mahu Bercinta.

Seharian aku termenung panjang. Memandang langit biru dengan burung yang berkicauan. Sesekali memandang juga kebawah, melihat rumput hijau yang segar mata memandang.

Berkali membawa diri, tapi momentum masih tak dapat dikekalkan. Masih bervariasi.


Aku berjalan mencari, kenapa cintaku masih belum sejati...


Aku cemburu melihat orang lain bercinta. Bukan biasa-biasa. Sanggup berkorban, malah sanggup terkorban. Kenapa aku tidak begitu?

Sewaktu dekat, mampu aku tersenyum. Bahagianya terasa hingga ke tulang sum-sum.




Sekejap rasa mahu mendekat. Tapi kadang-kadang automatik aku seperti menjauh, tanpa niat.
Apakah masih sudi ada yang menunggu?
Bila panggilan darinya memecah kesunyian disisiku, aku bangga. Tapi belum tentu aku terus menyahut. Entah apa yang masih aku fikirkan.

Mengapa cinta itu seolah mahal untuk dimiliki...



Mungkin belum cukup pengorbanan yang aku beri.

Aku benar-benar cemburu melihat mereka yang asyik bercinta. Malah tidak tergugat dengan sebarang duga atau cela. Sentiasa. Aku cemburu.




Terasa bagai ingin aku berlari dalam hujan. Biar kesejukan. Dan menangis tanpa diketahui orang. Aku perlukan cinta.


Tapi, yang disebelah sana, masih setia menunggu. Biarpun aku berlari jauh.
Malah dibekalkan aku payung. Untuk melindung.




Mungkin dia tahu, apabila aku kedinginan, aku pasti kembali berlari kepadanya. Dan mendakapnya erat.


Dan bila-bila saja aku akan menjauh kembali. Tapi tangannya sentiasa dekat dengan aku.

Kerana kasih dan sayangnya, melimpah ruah, buat aku, dan semua yang bergelar HAMBANYA.

Ya, aku mahu bercinta dengan Tuhan.
Aku cemburu melihat mereka yang tenggelam dalam cintaNYA. Mereka yang tenggalam dalam lautan zikir buatNYA. Tenggelam dengan nikmatnya tahajud untukNYA. Tenggelam dalam asyiknya alunan Al-Quran kalamNYA. Tenggelam dengan cinta.




Sedang aku, masih begini. Mencari kepingan cinta yang tersisa. Perlu pada mujahadah. Perlu pada muaqabah. Perlu pada muraqabah. Dan masih sentiasa perlu pada muhasabah.

Siapalah aku mendamba cintaNYA untukku. Tapi aku mahu cintaku untukNYA.


Mana mungkin mencintai makhluknya, sedangkan mencintai pemilik makhluk pun aku tidak mampu. 
Dan mana mungkin hadir cinta makhlukNYA, sedangkan cintaNYA pun belum aku raih.
Terlalu hina seorang aku tanpa cintaNYA DIA, Rabbul Izzati. 


sumber : http://husnabaek.blogspot.com/2011/07/aku-mahu-bercinta-tt.html

Friday, July 22, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Ajarkan Diriku Tentang Ikhlas



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Salam imtihaan Biochemistry . :D

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SUKANEKA..


Nantikan kemunculannya...
Maklumat detail akan diberitahu kemudian...

Sunday, July 10, 2011

Kisah Ahli Sufi dengan Seorang Lelaki..



Pada suatu hari, telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini?" Jawab lelaki tersebut "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku".


Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya...



Moga-moga kisah ini menjadi teladan dan peringatan buat kita yang sering lupa mengucapkan syukur akan segala ni’mat yang Allah telah berikan kepada kita. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang selalu bersyukur..Ameen… 

Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia

melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah  dari kenyataannya, walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira kerananya.


للهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضانl
Adalah Rasulullah s.a.w apabila telah masuk bulan Rajab, Baginda s.a.w berdoa:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kpd kami pada bulan Rajab dan
Sya’ban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan."
(Hadits Riwayat Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

::Look Foward To Ramadhan::


link : http://evolusijihad.blogspot.com/2011/07/kisah-ahli-sufi-dgn-seorang-lelaki.html

Monday, July 4, 2011

Aku Yakin Allah Tidak Akan Mensia - siakanku



Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.


http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2877-aku-yakin-allah-tidak-akan-mensia-siakanku.html

Update : Psychology :D


Cancel Items for Psychology

1. Introduction (pg 1-3)
2. Model of health and Illness (pg 4-6)
3. Addiction (pg18-25)
4. Disorder of attention (pg30-31)
5. Models of Attention (pg31-32)
6. Faulty Perception (pg37-38)
7. Personality Structure (pg 60-63)
8. Physiology of thinking (pg88)
9. Disorder of thinking (pg88-90
10. Chemical & Psychiatric Corelates of Sleep (pg88-90)

Important
1. Attention
2. Perception
3. Intelligence
4. Learning
5. Personality
6. Thinking
7. Memory
8. Development of Motor Abilities
p/s : Kalau ada soklan ke bgtau cepat2 supaya senang ajk nk jumpe doctor and boleh refer pass year punyer soklan and selalu naek based tahun lepas punyer je ( sumber :senior)