Monday, January 24, 2011

Exam Histology (24 Jan 2011)

HISTO(mid term exam):

15question

ALL mcq

time provided 15 minute

chapter 1-5.

sekian. wallahua'lam.

Slamat menjawab!!!

drpd : AJK Histology

Info keselamatan semasa EXAM !

PERHATIAN ! Semalam, 22/1/2011 mahasiswa/wi Tahun 2 Konvensional dikejutkan dengan 2 kes kecurian yang berlaku semasa peperiksaan Anatomi di Dewan Hafiz.

Kejadian hanya disedari apabila mangsa ingin mengambil begnya semula yg diletakkan di tepi dewan setelah selesai menjawab peperiksaan dan mendapati barang-barang berharga seperti wang dan telefon bimbit mereka telah dicuri. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/wi, diingatkan supaya :

1) Memastikan barang berharga anda tidak disimpan di dalam beg yg diletakkan ditepi dewan semasa peperiksaan

2) Memastikan tidak membawa jumlah wang yang banyak sekiranya tiada keperluan yang mustahak

3) Memastikan semua barang-barang berharga dalam keadaan yang selamat dan terjaga

Sebar-sebarkan
PCM 2010/2011

Saturday, January 22, 2011

The Pearls~

Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib


Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil

Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i
 
Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya.

Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.



Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.


Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya.


[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]


Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.


Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?

 
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]





Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani pada halaman 10:


[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah]
Dhikrullah dan
• Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan
• Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh



 hadis~
من اراد الدنى فعليه بالعلم ومن اراد الاخرة فعليه بالعلم ومن اراد هما فعليه بالعلم
  
Siapa yang mahukan dunia adalah dengan ilmu, siapa yang mahukan akhirat adalah dengan ilmu, dan siapa yang mahukan kedua-duanya maka adalah dengan ilmu.

Wednesday, January 19, 2011

MOLEx Alert

salam. MOLEX ALERT !

Sedikit penerangan tentang MOLEx (Ujian Online Gamaah)

1. Gunakan INTERNET EXPLORER sebagai brosur untuk memaparkan laman web ini .

2. Soalan HISTOLOGY wajib dijawab .

3. Number of questions = 44 (taip di situ)

4. Tiada markah yang diambil , namun pelajar wajib jawab .

5. Katanya staff bahagian farabi ni , "we must respect the regulation of the department " - yang bermaksud sila hormati kehendak dan arahan department U kita - maknanya kena jawab lah soalan itu .

6. Kalau tak jawab ?

Jawapannya : Mungkin disekat daripada menduduki peperiksaan akhir tahun (kata ketua staff tersebut) , jadi minta semua jawablah .

7. MOLEx ini salah satu langkah universiti dalam meningkatkan akreditasi , jadi ini adalah percubaan pertama , dan mungkin pada masa akan datang markah akan diambil .

Sila ingatkan rakan - rakan lain juga .

Tuesday, January 18, 2011

WEB ' 11

MCQ Physiology

PEMBETULAN jawapan MCQ physiology !

Sec 2 : 2- c, 4- d
sec 4 : 12- a
sec 5 : 17- b
sec 8 : 13- a+b, 23- d+a, 29- d
sec 9 : 4- a, 5- b, 6- c, 7- d+b, 8- c, 9- b, 10- d, 11- c, 13- a, 14- a+c, 15- c+d

~ CNS
21- F
96- c
97- a
98- e
99- e
100- d
101- c
102- e
103- b
104- d
105- c
106- b
109- c
110- d
111- e
113- f
114- a
115- e
116- d
118- c
119- d
120- b
121- c
122- e
123- d
124- a
126- e
127- d
128- c
129- b
130- b
131- a
132- c
133- d
134- b
135- a
136- e

137 - starting of True n False ques.

Sunday, January 16, 2011

Tazkirah : Cintakan Allah Sebagai Sumber Kekuatan

Cintakan Allah Sebagai Sumber Kekuatan
www.iluvislam.com
Oleh: ahmad_siddiqui
Editor : naadherah

bismillah...smile

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh.

Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup. Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah taala. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya.

Lebih sesuai untuk menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w.,

“ Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.”


Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..

Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan ‘syurga’ dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, syaitan, juga syaitan manusia.

Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan relisi kita dengan Tuhan.

Tuhanlah matlamat kita.

Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana?

Tidak lain tidak bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq. Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.

Cinta kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud. Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul.

Kenapa perlu berzuhud dengan dunia?

Zuhud dalam ertikata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan akhirat.
Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan.

Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah taala.
Namun sekiranya lar-lar harta itu membuatkan kita semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan ini bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.

Firman Allah, “Kekayaan telah melalaikanmu,” ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah.

Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!

Kenapa perlu berzuhud? Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara.

Antaranya:

PERTAMA


Ia berpura-pura kekal bersama kita.

Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, “ Selamat tinggal,” kepada kita.

Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

KEDUA

Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat.

Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa. Inilah wajah dunia.

Senjata seterusnya untuk membentengi iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah taala ialah tafakur. Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali!

Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal.

Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu? Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.

Harta semakin betimbun rimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu.

Kelak tidak berharga serimis pun! Kepedihan meninggalkan dunia, di akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninggalkan dunia, di akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah.

Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU : Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA: Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

TIGA : Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT:Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA : Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM : Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.


Janganlah teragak-agak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya. Amien.

Wallahu'alam.

(Rujukan: Al-Hub ila Allah karangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi , Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutalib)

SALAM IMTIHAAN ... RENUNGAN :

Saat fatrah imtihaan sangat menguji diri . Masa inilah kita boleh renung balik apa matlamat hidup kita berdasarkan amalan kita . Kalau untuk exam beberapa hari lagi kita sanggup stay up sampai Subuh , kenapa untuk saat sakaratul maut yang boleh berlaku bila - bila masa mungkin sejam , seminit atau sesaat lagi kita tak sanggup nak bangun solat malam at least 2 rakaat ? Kita dalam golongan mana , yang hidup untuk dunia atau jadikan dunia sebagai ladang akhirat ? - Peringatan buat diri yang sering lupa .

Mansoura On-Line Exams (MOLEx)

M O L E X
http://mudb.mans.edu.eg/mudb3/onlineExams/onle.aspx

MOLEx
Mansoura On-Line Exam


Mansoura On-Line Exams(MOLEx):
an e-Learning tool is being developed in the Communication & Information Technology Center (CITC) @ Mansoura University.The MOLEx tool provides course instructors of a new way to educate and evaluate their students by using multi-media multiple-choice-questions (MCQs) over the Internet. The MOLEx development team divided the required features into two groups, one group of features that can be available only to course instructors and the other group of features that both instructors and students can access.

For a free trial of the MOLEx tool, login by using User Name: “guest” and password: “welcome”. 


p/s : sahabat-sahabat yang ingin test akaun masing-masing, boleh buka web tersebut guna link di atas.


contoh : usename : 2031____
            password : (macam yang tahun lepas, kalau hilang ambil yang baru kat gamaah)


sebarang masalah boleh merujuk kepada :-
Muhammad Najmi Samsulrizal (ketua batch)
Shameer Abd Rahman (AJK HISTO) 

Saturday, January 15, 2011

MAKLUMAT TERKINI (15 JANUARI 2011)

salam. HOT hari ini !

~ sistem menyemak result secara on9 / FARABI akan berjalan seperti biasa.

~ anda boleh mendapatkan pin/ password utk login akaun anda di tingkat 4, E-learning centre (manchester) bermula ESOK. (bagi siapa yg tak ada password lagi / boleh try cek dulu akaun lama)

~ dewan exam yg akan digunakan utk exam midterm pd 20 - 26 januari ini ialah DEWAN HAFIEZ
~ kelas tutorial PCM minggu ini akan ditangguhkan utk memberi ruang EXAM, boleh terus berhubung kepada MENTOR dan pihak pengurusan tutorial, saudara khalid.

**kelas PHYSIO pd minggu ini telah diberhentikan.

~ berkenaan FARABI : HISTO dan PHYSIO mempunyai ruangan menjawab soalan yg disediakan dlm web utk dijawab oleh semua pelajar. (seperti tahun lepas). namun perbezaan pada kali ini, HISTO diWAJIBkan utk dijawab oleh semua calon exam sebelum 24 JANUARI 2011. dan bentuk soalan berkaitan subjek tersebut. (bkn soalan rating seperti tahun lepas)

>sumber maklumat : Muhammad Najmi Samsulrizal (ketua batch)
Shameer Abd Rahman (AJK HISTO)

ALERT ANATOMY!!!

Salam. Topik2 untuk exam midterm yang terbaru

Neuroanatomy
Dari chapter 2 SAMPAI at the end of CSF.

Head & Neck
Dari chapter 1 SAMPAI at the beginning of Pharynx.

Embryo
CVS , Urogenital system and Pharyngeal arches & pouches.

Sumber - Dr. Huda El-Tahry

p/s : maaf update ini dikeluarkan di fb lebih awal, tetapi lambat di blog atas sebab tertentu..

Friday, January 14, 2011

DAURAH KITAB (WEB '11)


                      DAURAH KITAB

Wednesday, January 12, 2011

Pengumuman Pantas (12/1/2011)

Assalamualaikum wbt ,

Mengenai program hari ini :

1)Kelas Tafsir Al Quran dan Hadith pada petang ini (3.30 - 5.00pm) dibatalkan .

2)Kelas tutorial anatomy abang Amin dibatalkan disebabkan beliau ada kelas dengan pelajar - pelajar manchester .

3)Tutorial Biochemistry PCM malam ini dibatalkan .


Harap maklum dan panjang - panjangkan kepada sahabat - sahabat yang lain .

Tuesday, January 11, 2011

Pengumuman Hari Ini (PHI) 11/1/2011

salam. HISTO ADVICE!

pesanan buat semua :

~sila tulis nama dan angka giliran dalam arab dan english (standard) disebabkan oleh kesukaran membaca tulisan sesetengah dari kita. (sumber : dr. azza)

sumber maklumat : wakil batch, farihah

Monday, January 10, 2011

Pengunguman terkini ( 10 Januari 2011 )

Assalamualaikum..

 PHYSIOLOGY
~ soalan MCQ yg bakal keluar midterm ni xkan sama dgn soalan dalam buku MCQ, kalau ada mungkin sikit sahaja namun bentuk soalan masih sama. (sumber : Doc Hana)

** dinasihatkan tidak terlalu berharap pada soalan dan jawapan pada buku MCQ physiology

~ part yang dimansuhkan - hanya CNS yg betul namun bukan semuanya jugak.

antara tajuk2 yg mansuh :

> the sensory unit
> mechanism of adaptation of receptor
> touch receptor
------------------------------------------------------------------------------------------------
> neural pathway for touch
> the dorsal column-medial lemnisal system
> dorsal spinocerebellar tract
> vetral spinocerebellar tract
> pathways for proprioception from da face
> fast pain pathway
> slow pain pathway except significant of slow pain pathway
------------------------------------------------------------------------------------------------
> adaptation of thermoreceptors
> neural pathways for thermal sensation
> neuraotransmitters of central nervous system
> tectospinal tract (e.g carry what?)
> neural connections of primarymotor area
> mechanism of recovery of spinal reflex activity
> body temperature regulation is spinal patient
> autonomic hyperreflexia in chronic spinal patients

~ soalan yg mungkin keluar dr tajuk2 mansuh ini hanya berkenaan dgn function / ape yg di carry oleh (e.g sebarang TRACT)

sumber maklumat : AJK PHYSIOLOGY 


ANATOMY
~ tutor anatomy dan lecture akan di terminate mulai esok kerana :

> tidak menepati jumlah yg doc inginkan (sekurg2nya 20 org)
> tutor akan disambung after midterm (sumber : dr gamal)

~ tutor esok CANCEL krn kehadiran merosot dan doc sendiri ada hal personal (menjaga isteri di hospital - beliau dapat baby BOY~ alhamdulillah, tahniah!)

**no practical class after this

sumber maklumat : AJK ANATOMY

STAR (Study dari Tunjuk Ajar senioR)

Kelas tutor bersama senior secara rasminya menggunakan nama STAR yang merujuk kepada perkataan Study dari Tunjuk Ajar senioR.

Berikut merupakan jadual STAR bagi Tahun 1 dan Tahun 2.

Tahun 1:
Physiology dan Biochemistry: Jumaat, 3.30 petang 

Tahun 2:
Physiology: Ahad, 5.30 petang *(terbaru:ada tambahan di sini)
                  Isnin, 8.00 malam *(masa pun berubah di sini)

Biochemistry: Rabu, 7.30 malam

Anatomy: Khamis, 8.00 malam

Semua kelas akan diadakan di Darul Rahmah.


sebarang masalah, sila rujuk Khalid Shah @ Esteqqama Nordin

sumber : medicalclick

Saturday, January 8, 2011

Info latest ( 8 Januari 2011 )

Assalamualaikum..
  
ANATOMY
Esok ade kelas anatomy pkul 10 pagi kat department anat( hanya penyampaian hadiah kepada yang menang pertandingan presentation). Kepada 2 group tersebut, sila dtg awal ( 9.30 pagi ) ke department untuk penyampaian sijil. sila bawa labcoat bersama.
sahabat lain juga dijemput datang sebagai audience.
Kuliah anatomy lower limb telah ditamatkan dan digantikan dengan kelas revision yang akan berjalan seperti biasa setiap hari sampai hari khamis minggu ini ( 13 january 2011 ). 

Sesiapa yang ada pertanyaan, boleh bertanya kepada draesyalurve. 
Sekian. 
Good luck semua dari kami AJK anatomy. Bittaufik wannajah :)
 

HISTO
Peringatan bsok ade pract group 9 tajuk male genital systm dan group10 hari berikutnye.sekian.

kls biochem seperti biasa. 

untuk maklumat kuliah lebih lanjut, rujuk link..

Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir

 Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.
 
selamat beramal :)

Friday, January 7, 2011

Januari ini~ Madrasah Imam Nawawi

MAKLUMAN - Kelas Bulan Januari.



1. Madrasah Imam Nawawi akan tawaquf sementara kelas pengajian bermula 1 Januari 2011 sehingga 31  
    Januari 2011 sempena dengan musim peperiksaan.
2. Kelas pengajian Madrasah hanya akan diadakan pada setiap hari Jumaat sahaja bermula 7 Januari 2011 
    seperti jadual dibawah;

Klik gambar untuk paparan yang jelas

Klik gambar untuk paparan yang jelas

3. Kelas pengajian pada bulan Februari 2011 akan dimaklumkan kemudian.
4. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua tenaga pengajar madrasah serta mahasiswa mahasiswi 
    Malaysia di Universiti Mansurah, Semoga anda semua berjaya.

Bitaufiq wannajah


ayuh sahabat-sahabat kita tambah ilmu sirah, hanya sekali seminggu..

~belajar sirah, mengenali Rasulullah~

wallahu'alam.
 





ONLY ME CAN BEAT MYSELF!!

ONLY ME CAN BEAT MYSELF!!
Biro Akademik PERUBATAN 10/11

“Exam, exam, exam! Hisy, takda kerja lain ke budak medik ni?”
Kita selalu dengar kata-kata ini keluar daripada mulut seorang pelajar jurusan perubatan atau pergigian mahupun farmasi. Pagi keluar rumah untuk ke kuliah, lewat petang baru pulang semula. Malam, disambung lagi dengan kelas tambahan atau study group. Setiap minggu ada exam. Bila pula masa nak ‘enjoy’?
“Itulah korang, siapa suruh ambil medik, kan dah takda ‘life’!”
Ini pula kata-kata sahabat-sahabat di luar bidang perubatan yang sering dilemparkan kepada pelajar jurusan perubatan. Sudah la kelas 6 hari seminggu, hujung minggu kena duduk rumah study, sebab setiap minggu ada exam. Bak kata ramai orang, study 24-7. Lagi pula, bila kerja nanti pun 24-7 juga! Hmmm…
Mitos Exam Budak Medik
Pertamanya, perlu ditanya kepada mereka yang bertanyakan soalan di atas, benarkah hanya pelajar jurusan perubatan, pergigian, dan farmasi sahaja yang sering diuji dengan peperiksaan dan ujian setiap minggu? Itu adalah mitos pertama. Tanyalah mahasiswa lain terutamanya di Malaysia. Mana universiti yang tidak menguji pelajarnya dengan peperiksaan yang kerap. Ya, hakikatnya, peperiksaan perlu dihadapi oleh semua orang yang bergelar mahasiswa. Kerana hakikat hidup ini adalah perlumbaan ke arah yang terbaik. Dan minda seorang Muslim Mukmin, adalah sentiasa menuju yang terbaik.
Firman Allah dalam Surah Al-Mulk, ayat ke-2 yang bermaksud,
(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.
Seribu ‘Tapi…’
“Errr, tapi… bila masuk exam ni lain. Saya bukan tak study, tapi bila nak tulis atas kertas jawapan, tiba-tiba ‘blank’!”
Tapi… kalau kita belajar kerana exam, sia-sia lah. Tu yang saya biasa-biasa je dalam exam…”
Ayat di atas sering kita dengar dari mereka yang mudah berputus asa dengan usaha mereka sendiri. Tiada istilah ‘blank’ di hadapan kertas jawapan, jika kita sudah membuat persediaan yang optimum untuk menghadapinya. Jika masih lagi blank, maknanya, kita hanya ‘merasakan’ bahawa usaha kita sudah cukup, tapi hakikatnya, masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki, dan masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi.
Tiada juga istilah ‘biasa-biasa’ dalam peperiksaan. Kerana anda bukan pelajar biasa, anda adalah aset Ummat Islam! Bak kata pepatah,“always aim for the sky, for if you fall, you’ll reach the cloud”.
Cara Belajar Sebenar
Jika anda masih mengalami masalah di atas, maka jangan pula anda gusar dan merasa rendah diri. Mari kita lihat, bagaimana seorang ilmuan agung dan penuntut ilmu sebenar belajar. Suka saya petik syarat-syarat yang ada pada seorang pelajar hakiki oleh Al-Imam As-Shafi’ie Rahimahullah.
1. Kebijaksanaan
Ada yang berkata, saya tak bijak. Namun, logik akal mengatakan sebaliknya! Tahukah anda, di Malaysia, mengikut statistik tahun 2009 mendapati, sebanyak 9% rakyat Malaysia buta huruf. Bermakna seramai 2.52 juta orang Malaysia tak tahu membaca dan menulis. Anda pula boleh membaca, dan lebih dari itu, daripada ribuan remaja sebaya anda tidak mendapat tempat di university, anda pula yang dapat. Bukan calang-calang jurusan, perubatan pula tu! (saya hanya menggunakan istilah perubatan sebagai mewakili jurusan pergigian dan farmasi juga, harap memahami)
2. Keinginan yang tinggi
Kajian psikologi mendapati, jika anda benar-benar membayangkan apa yang anda mahu, anda akan mendapat perkara itu insyaAllah. Cuba bayangkan, kalau anda ke restoran dan teringin makan nasi goring cina dengan sambal udang, anda tidak akan dapat nasi goring cina sambal udang jika anda tidak ‘order’, atau anda ‘order’ nasi sahaja. Apa yang anda inginkan, itulah yang akan anda dapat. Visualisasikan secara spesifik, apa yang anda mahukan, dan mohonlah pertolongan dari Allah, anda akan berjaya.
3. Usaha kuat
Tidak ada yang dapat menafikan faktor usaha yang kuat. Bak kata pepatah Arab, “Barangsiapa yang inginkan kejayaan, kebaikan, kemuliaan dan kemegahan, tanpa pengorbanan dan jihad(usaha yang kuat), maka sesungguhnya dia sedang bermimpi di siang hari!”
4. Bekalan
Bekalan di sini bermaksud buku-buku rujukan. Janganlah kedekut untuk membeli buku rujukan dan buku latihan. Ingatlah, kedekut berbelanja untuk ilmu akan membawa padah kepada masyarakat. Sedangkan kita boleh menghabiskan ribuan ringgit(atau geneh) untuk melancong atau berhibur, takkan lah dengan hanya beberapa puluh ringgit harga buku pun kita nak berkira?
5. Panduan dari guru bertauliah
Tanyalah dari guru yang layak dan bertauliah. Tanyalah dari yang faham. Dan tanyalah dari sumber ilmu yang sebenar. Kata kuncinya mudah sahaja, hadirlah ke kelas!
6. Berterusan sepanjang masa
Kajian mendapati bahawa, belajar secara sedikit-sedikit tapi berkala, lebih efektif berbanding belajar sekaligus dengan skala yang besar. Inilah yang dinamakan istiqomah. Istiqomah dalam belajar, kerana kita belajar bukan kerana satu-satu sebab tertentu seperti bila ada peperiksaan sahaja. Tetapi kita belajar untuk memahirkan diri kita dengan ilmu tersebut, sehingga kita mampu untuk mengaplikasikan ilmu tersebut untuk berkhidmat sebagai pegawai kesihatan kelak, insyaAllah.
Maka, akhirnya, Biro Akademik PERUBATAN amat berharap agar anda semua takkan mudah putus asa.Tiada lagi alasan untuk tidak belajar. Tiada lagi alasan untuk tidak cemerlang dalam peperiksaan. Kerana andalah yang akan menentukan nasib anda sendiri, dengan izin Allah SWT. Bak kata seorang peninju popular awal 90-an, Shane Mosley,
“Only ME can beat MYSELF!!”

Oleh saudara Ahmad Ibrahim bin Yahaya,
Ketua Biro Akademik PERUBATAN
“Selamat menghadapi peperiksaan dengan tenang”
Unit Akademik PCM 10/11

Thursday, January 6, 2011

Midterm Fever

salam. EXAM MIDTERM HOT !

(ANATOMY)

syllabus :

- all head n neck (before pharynx)
- embryo (dev. of respiratory, dev. of urogenital, dev. of CNS)
- neuroanat (till spinal cord)

format :

- MCQ (20)
- diagram (2)
- fill in the blank (20)

date line of presentation :- before winter break

study week : start on 13/1/2011

(PHYSIOLOGY)

syllabus :

- all kidney
- all GIT
- chapter 1 - 9 CNS

format :

- MCQ / Tor F
- 50 Questions

study week : start on 7/1/2011

(BIOCHEMISTRY)

syllabus :

- biological oxidation
- xenobiotic oxidation
- carbohydrate metabolism
- lipid metabolism

format :

- MCQ
- cross matching
- 30 Ques

date line of presentation :- to be continued after winter break

study week : start on 9/1/2011

(HISTOLOGY)

syllabus :

- skin
- digestive system
- endocrine system
- urinary system
- male genital system

format :

- MCQ
- 15 Ques

date line for presentation :- to be continued after winter break

study week : start on 8/1/2011

Practical class :

anatomy : last class is on sunday 9/1/2011
physiology : has been terminated temporarily
biochemistry : last class will be held on 11/1/2011
histology : last class will be held on 11/1/2011

location of exam hall : 4th floor, in front of library (the same place where dur thani exam was held) BUT if the renovation of that hall is not done by the time of exam, will be replaced by DEWAN HAFIZ, insyaAllah.

please be well- prepared n don't forget to check on your seat number! may Allah bless all of us n GOOD LUCK everyone! ♥


Info sampingan :

salam. PENGUMUMAN TUTOR PCM !

(physiology)

ahad : 5.30 mlm
isnin : 8.00 mlm

lokasi : DARUL RAHMAH

**tajuk yg bakal diajar akan diberitahu kemudian. w'alam
-------------------------------------------------------------------
salam. kelas tutor anatomy by doc mus'ab akan diadakan pada hari sabtu ini - topik neuroanatomy. w'alam
mohon post soalan2/cdgn yg berkaitan dgn kuliyah dan pelajaran sahaja di shoutbox blog. manfaatkan kegunaan kemudahan yg disediakan sebaik2nya. sebarang masalah/ persoalan berbentuk peribadi kpd mn2 AJK batch, blh tros berhubung kepada individu terbabit @ inbox kan pd tahundua konvensional. w'alam

Tuesday, January 4, 2011

Senarai Nama dan Angka Giliran



Untuk paparan yang lebih jelas , sila klik pada gambar .











Pengumuman Hari Ini (PHI) 4/1/2011

salam. insyaAllah,

1. Basic Life Support (BLS) akan diadakan utk pelajar tahun dua pada 13 dan 14 januari 2011. sesiapa yg berminat boleh beri nama anda kepada Muhammad Najmi Samsulrizal /Nur Aisyah Abas beserta wang 200LE.

2. ICDL boleh diambil selepas final exam / pd bila2 masa free yg dikehendaki. bayaran sebanyak 300LE dikenakan.

3. exam midterm akan dijalankan di dewan yg berhadapan dgn library, tingkat 4 (according to doctor) insyaAllah

4. bagi sesiapa yg masih belum mengetahui/lupa seat number blh la rujuk http://kullufisabilillah.blogspot.com/2011/01/senarai-nama-dan-angka-giliran.html

5. perhatian kepada yg masih belum menghantar borang data pelajar/ menginboxkan maklumat anda, minggu ini adalah minggu akhir penerimaan borang. sebarang borang selepas ini, tidak akn dilayan. kepada yg ingin menghantar gambar dan menyertakan maklumat yg belum diisi, sila berbuat demikian selewat2nya sehingga minggu hadapan. bagi yg sudah menghantar borang melalui wakil batch tahun lain, sila maklumkan kpd kami.

6. presentation biochemistry akan dihentikan buat sementara waktu utk mberi ruang masa persediaan mghadapi exam dan akan diteruskan selepas cuti winter break.

wallahualam.

Slide Psycho & Physio

Psycho-emotion

Physio-Pain

Motor function of spinal cord

Physiology of UMNL & LMNL

Physio-Receptors

Physio-Voluntary Movements

p/s : kredit to kak syaz yg donor semua slide ni..

Sunday, January 2, 2011

Histology Midterm

salam kengkawan.ni maklumat terbaru untuk exam mid term histology:
tajuk yang masuk exam

1.skin
2.digestive system
3.endocrine system
4.urinary system
5.male genital system

bentuk soalan :
1.semua MCQ
2.tak de cross matching
3.15 question
4.doktor pesan soalan tak semstinya dr buku mcq.tapi may be juga boleh dr buku mcq.so studyla untuk semua

bagi sapa2 yang nak tengok annoucement ni dengan mata sendiri bolehla ke histology department.
sebarang perubahan akan di maklumlan kemudian.GOOD LUCK SEMUA!!!!

- Dari AJK Histology

Midterm Biochemistry

Assalamualaikum..

Topik yang masuk exam miterm nanti, 24 Januari 2011.

  • Biological oxidation
  • Xenobiotics
  • Carbohydrates
  • Lipid Metabolism

minggu ni Isnin atau Selasa doc kate akan buat quiz lipid dlm lecture.
insyaAllah topik yg akan dimasukkan FA oxidation, ecosanoids , ketogenesis, ketolysis n ketosis.
ini berdasarkan apa yang doc maklumkan.
selebihnya, wallahu'alam.

Selamat studi demi mencari keredhaan Allah & semoga sama2 beroleh kejayaan..

Pengisian : Dakwah dan Study

sumber : iluvislam.com

“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”

“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”

“ Apa maksud kau?”

“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”

“Aku tidak faham!”

“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”

“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”

“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya. Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

Ya Allah,

kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.

Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;

‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,

nescaya akan tertegak Islam di bumimu


Saturday, January 1, 2011

Midterm Physiology

Salam ,
Topik akan keluar untuk peperiksaan midterm Physiology adalah seperti berikut :

CNS (sampai spinal cord lesion)
Digestive (GIT) - semua
Kidney - semua

sunday&monday: revision kidney(Dr Abd Aziz)
tuesday&wed: revision GIT (Dr Nasrin)

Revision akan diadakan di kuliah .

Tiada kelas akan diadakan dari 7 Januari sehingga peperiksaan untuk Physiology , subjek lain masih belum dapat dipastikan .

Wallahu'alam

Dari AJK Physiology MEDICSEEKER