Wednesday, December 29, 2010

ABU AYYUB AL-ANSARI ~Kisah Para Sahabat

ABU AYYUB AL-ANSARI


Khalid Ibn Zayd Ibn Kulayb dari Bani Najjar adalah seorang sahabat yang gemilang di dalam lipatan sejarah generasi pertama. Ia adalah seorang sahabat yang amat karib dengan Rasulullah SAW. Kerana anaknya Ayyub, ia dikenali sebagai Abu Ayyub. Di kalangan penduduk Madinah Abu Ayyub ialah seorang yang amat dihormati oleh kaum Ansar kerana keakrabannya dengan Rasulullah SAW.


Dalam detik-detik bersejarah ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dalam hijrahnya, beliau telah diberi sambutan yang hangat oleh penduduk Madinah. Mereka mencurahkan seluruh jiwa raga dan kecintaan mereka kepada manusia kecintaan Allah yang memilih untuk tinggal bersama mereka. Seolah-olahnya menyambut pemimpin besar yang baru pulang dari perantauan malah bukan setakat itu sahaja, manusia agung ini juga disambut dengan penuh kecintaan seolah-olah sebagai kekasih hati yang telah lama berpisah.

Perhentian pertama Rasul SAW di Quba membawa Rasulullah SAW tinggal di situ beberapa hari. Di sinilah masjid pertama dibina seperti yang diabadikan Allah di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibina di atas asas taqwa.

Unta Rasulullah berjalan terus melintasi rumah demi rumah sambil diikuti oleh setiap tuan rumah yang dilintasi dengan rasa kecewa sedangkan mereka yang masih di jalanan unta terus menaruh harapan yang tinggi kerana unta Rasulullah yang mulia memilih untuk terus berjalan.

Unta Rasulullah terus berjalan diikuti oleh penduduk Madinah hinggalah ia berhenti sambil enggan berjalan lagi di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Rasulullah SAW tidak turun dari unta sambil melepaskan tali unta. Selepas beberapa ketika menanti, unta Baginda SAW bangun dan berjalan lagi. Namun selepas beberapa ketika unta tersebut pulang kembali menelusuri jalan asalnya ke rumah Abu Ayyub.

Alangkah gembiranya Abu Ayyub sambil berlari menyambut Rasulullah SAW dan membawa barangan Rasulullah SAW ke rumahnya seolah-olah ia sedang mengangkat harta yang paling berharga di dunia.

Abu Ayyub mengosongkan tingkat atas rumahnya dan meminta Rasulullah SAW tinggal di tingkat atas. Rasulullah SAW menolak dan meminta untuk tinggal di tingkat bawah. Malam tiba dan Rasulullah SAW masuk berehat. Abu Ayyub naik ke tingkat atas dan terus berkata kepada isterinya dengan penuh kegugupan, “ Celakalah kita !! apa yang telah kita lakukan? Rasulullah di bawah dan kita lebih tinggi darinya? Sanggupkah kita berjalan di atas Rasulullah SAW? Adakah kita akan berada di antara Rasulullah SAW dan wahyu? Jika demikian pastilah kita akan celaka !!” Pasangan tersebut amat gusar dan tidak tahu apa lagi yang dapat mereka lakukan. Sepanjang malam mereka hanya berjalan di bahagian tepi bangunan yang tidak berada tepat di atas Rasulullah SAW.

Pada pagi keesokan harinya, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah SAW, “ Demi Allah aku dan Ummu Ayyub tidak tidur semalaman !” Kenapa tidak Abu Ayyub?, “ Tanya Rasulullah. Abu Ayyub menyatakan rasa hatinya kepada Rasulullah SAW dan kegusarannya berada di kedudukan yang lebih tinggi dari Rasulullah SAW dan kebimbangan bahawa mereka akan mengganggu turunnya wahyu. Rasulullah SAW yang amat penyayang tersenyum sambil berkata “ Jangan bimbang aku memilih tingkat bawah kerana ramainya manusia yang datang melawat kami. ” Abu Ayyub berkata “ Aku tunduk kepada kehendak Rasulullah SAW ” sehinggalah pada suatu malam yang dingin kendi air kami pecah dan airnya membasahi ruang atas. Ummu Ayyub dan aku melihat dengan bimbang. Kami hanya memiliki sehelai kain sutera yang kami gunakan sebagai selimut. Lantas kami menggunakannya untuk mengeringkan air tersebut kerana takut ia akan menyerap turun dan mengenai Rasulullah SAW. Pada waktu paginya aku pergi kepada Rasulullah SAW dan menyatakan kami tidak suka berada di atas engkau ya Rasulullah !, sambil aku menceritakan apa yang berlaku. Barulah Rasulullah SAW menerima permohonanku dan kami pun bertukar paras”.

Rasulullah SAW tinggal bersama Abu Ayyub selama hampir 7 bulan sehingga masjid yang dibina siap di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah SAW berpindah ke masjid tersebut dan menjadi jiran kepada Abu Ayyub. Abu Ayyub amat mengasihi Rasulullah SAW begitu juga Rasulullah amat mencintai Abu Ayyub. Mereka begitu akrab sehingga Rasulullah SAW sentiasa menganggap rumah Abu Ayyub sebagai rumahnya sendiri. Kisah berikut menggambarkan bagaimana karibnya Rasulullah SAW dan Abu Ayyub sebagai jiran.

Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar R.A keluar meninggalkan rumahnya di waktu rembang tengahari ketika matahari panas terik menuju ke masjid. Sayidina Umar melihat lantas bertanya, “ Ya Abu Bakar ! Apakah yang telah membawa kamu keluar pada waktu begini? Abu Bakar menyatakan bahawa ia telah meninggalkan rumahnya kerana kelaparan yang amat sangat. Sayidina Umar lantas menyatakan bahawa dia juga sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang sama.

Maha suci Allah yang mempertemukan mereka dengan Rasulullah SAW. Rasulullah melihat mereka berdua lantas bertanya soalan yang sama, “ Apakah yang telah mengeluarkan kamu dari rumah kamu pada masa begini? ” Mereka menjelaskan kepada Rasulullah keadaan mereka. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa “Demi Allah yang nyawa ku berada di tangan Nya, hanyalah kelaparan yang telah juga mengeluarkan aku dari rumah ku, mari bersama ku ”.

Rasulullah SAW amat memahami ke manakah tujuan yang amat disenanginya. Mereka menuju ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai wanita Mukminah yang terdidik dengan didikan iman kepada Allah dan hari akhirat, isteri Abu Ayyub membuka pintu lantas menyambut mereka dengan katanya “ Selamat datang Rasulullah SAW dan siapa saja yang bersamanya ”.

“ Di mana Abu Ayyub? “ Rasulullah SAW bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang amat memahami satu sama lain. Abu Ayyub yang sedang bekerja di kebun tamar berhampiran mendengar suara Rasulullah SAW lantas bergegas datang mendapatkan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sambil mengalu-alukan Rasulullah SAW dengan ucapan penuh kemesraan dan kerelaan hati menyambut jirannya yang mulia “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”. Abu Ayyub yang amat memahami Rasulullah SAW menyapa “ Ya Rasulullah, ini bukan masa yang biasa engkau selalu ke mari ” sebenarnya Abu Ayyub sememangnya selalu menyediakan sedikit makanan kepada Rasulullah setiap hari dan jika Rasulullah SAW tidak datang mengambilnya pada masa-masa tertentu, ia akan menghantarnya kepada keluarga Baginda. “ Engkau benar...wahai Abu Ayyub ”.

Maha suci Allah yang maha pemurah yang menjadikan Rasulnya yang mulia dan para sahabatnya yang gemilang sebagai contoh jiran terbaik yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan. Abu Ayyub lantas keluar menuju ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar yang bercampur antara tamar yang masak dan separa masak. Rasulullah SAW menegurnya “ Aku tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu hanya mengambil yang masak sahaja? ( Rasulullah tidak mahu Abu Ayyub mengambil semuanya hingga yang separa masak- hadis lain menunjukkan Rasulullah sebenarnya gemar memakan tamar yang separa masak ). Abu Ayyub berkata, “ Ya Rasulullah, makanlah dari kedua-duanya yang masak dan yang separa masak. Aku akan menyembelih seekor ternakan ku untuk mu juga ” Rasulullah SAW menyebut “ jika engkau akan menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu ”. Abu Ayyub akhirnya menyembelih seekor kambingnya yang muda, memasak separuh darinya dan memanggang separuh yang lain.

Apabila makanan telah dihidangkan di hadapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayyub ” bawalah ini kepada Fatimah, dia telah beberapa hari tidak merasakan makanan sebegini ”.

Setelah makan dan merasa puas, Rasulullah SAW lantas bersabda “ Roti, daging, busr dan rutab...! ” lantas baginda menangis hingga mengalir air mata nya. Rasulullah SAW menyebut “ Ini ialah rahmat dari Allah yang akan ditanya ke atas kamu di hari akhirat nanti. Jika rezeki sebegini datang kepada mu, letakkan tangan kamu padanya dan bacalah Bismillah dan setelah kamu habis, sebutlah Alhamdulillah hilazi huwa ashbana wa an-‘ama alaina. Inilah yang terbaik ”.

Inilah sekilas dari kehidupan Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang terkenal ketika masa damainya, Abu Ayyub juga sebenarnya adalah mujahid yang telah meninggalkan kisah hebat yang menjadi tauladan sepanjang zaman.

Sesungguhnya Abu Ayyub telah menghabiskan kebanyakan dari detik hidupnya berperang di jalan Allah. Dikatakan bahawa Abu Ayyub tidak pernah meninggalkan mana-mana medan peperangan yang disertai oleh kaum muslimin sejak dari zaman Rasulullah SAW hinggalah ke zaman Muawiyyah R.A melainkan pada ketika itu dia sedang terlibat di dalam peperangan yang lain pada masa yang sama.

Kempen peperangan terakhir Abu Ayyub ialah di zaman Muawiyyah dalam peperangan ke atas Konstantinopel. Abu Ayyub ketika itu berumur sekitar 80 tahun. Sesungguhnya ketuaan yang sebegitu tidak menghalang Abu Ayyub dari menyertai pasukan tentera menyeberangi lautan di jalan Allah SWT. Walau bagaimanapun selepas masa yang singkat, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa dibawa keluar dari medan. Yazid bin Muawiyyah sebagai panglima perang datang kepadanya lalu bertanya; “ Adakah engkau memerlukan apa-apa wahai Abu Ayyub? ”. Abu Ayyub pada ketika detik-detik terakhir kehidupannya di medan juang meninggalkan pesan yang menjadi 'ibrah kepada setiap mujahidin selepas daripadanya. Dia menjawab; “ Sampaikan salam ku kepada tentera muslimin dan katakan kepada mereka, Abu Ayyub menggesa kamu untuk menyerang jauh ke dalam perbatasan musuh semampu kamu. Kamu mesti membawanya ( Abu Ayyub ) bersama dan kamu mengebumikannya di bawah kaki-kaki kamu di tepi dinding kubu Konstentinopel !!”.

Abu Ayyub akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di medan peperangan dengan penuh kemuliaan seorang pahlawan yang terbilang dan mujahidin fisabilillah. Tentera muslimin telah memenuhi kehendaknya. Mereka menyerang pasukan musuh dalam serangan demi serangan hingga mereka sampai ke dinding kota Konstentinopel. Di situlah Abu Ayyub telah dikebumikan.

Tuesday, December 28, 2010

LIFE - LOVE ISLAM FOR ETERNITY






Makluman:

1)Yuran pendaftaran bagi setiap peserta adalah sebanyak LE4.
2)Makanan hanya disediakan semasa "LIFE" Gabungan kepada peserta yang berdaftar.
3)Klik sini -->

Syarat-syarat pertandingan "Princess Hour" & Borang penyertaan secara online! 

Meet The Expert 2!

PWtC'11 - PERUBATAN WINTER Carnival 2011!


Perubatan Islam VS Perubatan Moden?

Adakah anda benar-benar memahami istilah tersebut?

Kalau ya, adakah anda yakin jawapan anda benar?

Bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang AHLI PERUBATAN ISLAM yang SEBENAR?

Monday, December 27, 2010

Cara Memuat Turun Slide Dari Webpage Doktor Gamaah



2 . Pilih pilihan kedua yang warna biru tu ( seperti di atas )






3. List nama doktor akan keluar di bawah .

4.Klik nama doktor untuk buka webpage .

5. Webpage doktor kebanyakannya dalam bahasa Inggeris , dan biasanya akan ada link "Lectures" bagi membenarkan pelajar memuat turun slides .

Sekian . Wallahualam .

Sharing is Caring

Slide physiology.

Stretch reflex.

Stretch reflex 2.

Properties of reflex action.

Slide Anatomy.

Bony orbit.

Neck.

Cranial cavity.

Anatomy of superficial face.


~ Slide physiology ni dari Dr Abdelaziz tetapi slide anatomy bukan dari lecture kat kuliah tetapi dari perkongsian seorang sahabat. 
~ Semoga bermanfaat..
~ Maaf jika terdapat sebarang masalah semasa download dan kalau x boleh jugak boleh rujuk admin.
syukran.

Saturday, December 25, 2010

Anatomy Midterm

Salam ,

Tajuk yang akan keluar untuk anatomy :

Head and neck : Semua

Neuroanatomy : Sampai Spinal Cord

Embryology : Development of - CVS , Respiratory , Urinary and Genital .

Harap maklum .

Physiology : Task by Dr Abd Aziz

salam , kerja sekolah physio , sila jawab kuiz di akhir slide (kena hantar hari Ahad insyaAllah kepada Dr Abd Aziz)

http://www.4shared.com/document/cHxMtnbo/physiology_of_voluntary_movmen.html

Friday, December 24, 2010

AKREDITASI





Sempena dengan lawatan unit akreditasi Mesir Ahad hingga Rabu ni , semua pelajar wajib menghafal pamplet ini . :P

Penilaian terakhir bagi Accreditation of the University akan bermula pada 25/12/2010 (Sabtu) selama seminggu. Semua mahasiswa/wi dinasihatkan untuk menghadiri semua lecture dan praktikal dengan imej seperti seorg mahasiswa/wi.

*Tidak perlu berpakaian formal,hanya pastikan nampak kemas selain kehadiran penuh.
*Kerjasama semua pelajar bagi mendapatkan accreditation ini amatlah diharapkan demi kebaikan bersama dan untuk menikmati lebih banyak kebaikan dan perubahan universiti selepas diisytiharkan sebagai “Accreditated University”.


Thursday, December 23, 2010

Info Terkini (23/12/2010)

TRIP WINTER BREAK .

salam. i'allah, akan diadakan 1 day trip ke cairo dan alexandria pd 30 januari 2010 anjuran gamaah dgn byrn hny 100 LE sahaja.

antara tempat yg bkl dilawati :

CAIRO
- muzium (islamik view)
- saqli sawwy (all musics, poets, dance and etc)

ALEXANDRIA
- africano park (saf ari)
- shopping mall

tiada had penyertaan. terbuka kpd semua yg berminat. respon penyertaan anda segera kpd ketua sbelum 28 JANUARI 2011. w'alam


BAJU BATCH ?

batch masing2. hadiah yg menarik menanti pemenang!

Terbuka kepada semua ahli batch ini, dr semua design2 yg dikemukakan hanya 1 rekaan yg terbaik akan terpilih menjadi pemenang.

syarat :

-''KONVENSIONAL 2009/2010'' haruslah diletakkan pd baju tersebut.
- BEBAS berkarya dan kreativiti tersendiri

rekaan yg terpilih, sekiranya berjaya mendapat tempahan melebihi 100 dr ahli2 batch, unit EKONOMI akan mengeluarkan Tshirt tersebut kpd batch ini.
harga: 30LE - 38LE sehelai

sebarang pertanyaan lanjut, rujuk kpd ajk unit ekonomi PCM. w'alam

tarikh tutup penyertaan : 13 JANUARI 2011



LAIN - LAIN

1. gamaah sdg dlm proses menyiapkan bgnn farmasi (bgnn kuliyah kita) sbg ruangan rehat, ruangan diskusi serta library disepanjang tingkat 4. akan DIBUKA pada bulan JANUARI.

2. attachment pd winter break ini DIBATALKAN krana memberi keutamaan kepada senior2 tahun 4,5,6.

3. insyaAllah, buku anatomy LOWERLIMB dan MCQ BIOCHEM akan sampai pd mggu depan dibilik sekeretari doc nisrene dengan madam aida

Midterm Examination Schedule


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas .

Tuesday, December 21, 2010

Soalan Cepumas Untuk Muslim

Soalan Cepumas Untuk Orang Islam
www.iLuvislam.com
peluru
editor : everjihad

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa?

Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?

Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kanbetul-betul juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.

Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan..Wallahu'alam.