Wednesday, December 28, 2011

CONGRATULATIONS To The 'Breast Cancer' Team!


Tahniah

Sekumpulan pelajar daripada kelas kita telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama 'Pathology Presentation Competition' anjuran universiti pada hari ini. Kumpulan yang dianggotai oleh Najwa binti Mohd Hamdan, Nurfarahin binti Ekram, Nurfatihah binti Ekram, Nor Farhana binti Mohd Zin dan Nabila binti Mohd Salim telah menyampaikan pembentangan bertajuk 'Breast Cancer' dan berjaya menawan hati para juri yang terdiri daripada Profesor dan Dr dari Pathology Department. Pertandingan tersebut diadakan dari pukul 2 hingga 5 petang di Muzium Pathology.


Pembentangan mereka yang kreatif, bersemangat, dan meyakinkan itu telah mendapat pujian bukan sahaja daripada para juri, bahkan hadirin yang lain juga. Semoga kemenangan kumpulan ini dapat menggalakkan ahli kelas yang lain untuk menyertai pertandingan seumpama ini lagi pada masa akan datang.


(maaf gambar kurang berkualiti)

VIRTUAL LAB



Section 13: Sunday and Monday from 10-12 p.m.


Section 14: Wednesday and Thursday from 10-12 p.m.



Monday, December 19, 2011

INFO KESELAMATAN: You're being harassed,what to do???

Akhir-akhir ini, semakin banyak kejadian tidak diingini telah berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah oleh masyarakat tempatan terutamanya terhadap pelajar perempuan yang dianggap lemah oleh mereka. Kecurian dan penipuan adalah perkara yang telah berleluasa sekian lama, namun bagi pelajar perempuan pula, mereka lebih berisiko, dan seringkali menjadi mangsa sexual harassment oleh lelaki-lelaki Arab. Pelajar perempuan menjadi mangsa raba (di dalam teksi,and even semasa berselisih bahu dengan lelaki Arab di jalanan!), sering diucapkan kata-kata lucah oleh lelaki Arab, bahkan diajak masuk kereta. Lebih malang lagi, perbuatan meraba dilaporkan telah terjadi kepada siswi yang berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya. 


Oleh itu, demi menjaga keselamatan diri, langkah berwaspada haruslah dipraktikkan supaya pelajar Malaysia tidak lagi menjadi mangsa masyarakat tempatan yang tidak bertanggung-jawab. Berikut adalah senarai perkataan-perkatan yang dapat diucapkan, jika anda terperangkap dalam situasi yang tidak diingini seperti di atas:


1. حرامي - Pencuri!!

2. ساعدني - Tolong aku!!

3. هو مس جسدي - Dia telah pegang tubuh badan aku.

4. حرام عليك - Haram ke atas kamu!!

5. إبعد عني - Jauhkan diri daripada aku.

6. إحفظ - Jaga-jaga.

7. بلطجية هنا - Samseng di sini.

8. خلي بالك - Ambil perhatian!

9. أنا في الخطير - Aku dalam keadaan bahaya!!

10. إحتراس - Berwaspada.

11. لا تزعجها - Jangan kamu ganggu dia.


12. حسبنا الله ونعم الوكيل - Aku berserah padaMu Ya Allah dan Aku bertawakal


Bagi pelajar perempuan terutamanya, harus ingat bahawa jika terperangkap dalam situasi tidak diingini, anda harus mengumpul kekuatan dan menjerit sekuat mungkin sekalipun anda tidak mengingati perkatan-perkataan di atas. Ini penting supaya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap anda. Orang ramai akan bergegas ke arah anda dan InsyaAllah, manusia durjana itu akan kena balun dengan orang ramai pulak (serve you right @#$%^!). Malang sekali, dalam banyak kes yang dilaporkan, pelajar perempuan tidak berupaya menjerit dan gagal berbuat apa-apa sebab dah terlalu terkejut agaknya.....so kawan2, marilah ubah tanggapan masyarakat Arab terhadap kita dan tunjukkan bahawa pelajar Malaysia tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya, OK!

Selain itu, other precautions should be taken seperti elakkan berjalan berseorangan, menggunakan khidmad mushrif, mempelajari martial arts, mendapatkan pepper spray, dan sebagainya. Please love yourself cuz Allah, and countless other people love you!

Thursday, December 15, 2011

Belajar liLLAHItaa'la

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas...ISLAM IS A WAY OF LIFE
Sumber:http://www.iluvislam.com/

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

SMART CIRCLE AKHAWAT Kali Pertama


Tarikh : 9 Disember 2011
Tempat  : Darul Rahmah
Masa : 12:30 – 3:30 petang

Objektif :
i.              Untuk merapatkan ukhuwah sesame ahli batch.
ii.            Sebagai aktiviti Smart Circle.
iii.          Sebagai medium pengisian ilmu dan motivasi untuk semua pelajar.

Aturcara majis :
12:30 – Ketibaan pelajar perempuan tahun 3 Konvensional.
1:00 – Solat hajat dan bacaan Yasin secara berjemaah.
2:00 – Ucapan ringkas oleh penolong batch, Saudari Siti Sofia.
2:15 – Slot tayangan video‘Sejernih Airmatamu’ oleh Prof. Dr. Muhaya.
2:30 – Rumusan oleh Saudari Ain Zulaliza.
3:00 – Jamuan ringan potluck.
3:30 – Bersurai.

 Kesimpulan :
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Diaharapkan selepas ini lebih ramai lagi pelajar  dapat turut serta menyertai aktiviti Smart Circle ini, InsyaAllah.

 prepared by : The Class Secretaries

Thursday, December 8, 2011

Monday, December 5, 2011

Result Kelas Bahasa Arab



B: Beginner
I: Intermediate

Friday, December 2, 2011

MIDTERM: Reminders


    • a)Pathology:30 Qs,15 marks,30 min,sylbus(cell inj,inflamation,circulatry)

      b)Pharmacology:40Qs,20 marks,40 min,sylbus(gen n auto),question in mcq book 

      c)Microbiology:30Qs((20 MCQ + 10 True and false),10 marks,sylbus(teks page 1-79(vol.1))

      d)Parasitology:20Qs,10marks,sylbus(cestode n tremtode),mcq Qs in pract book pg 125

      e) venue:basement dwan hafiz..angka giliran bole tgok kat board dpan shuun tulab.

      f) dtg awal n bawa kelengkapan secukupnya.

      p/s:Studi,Doa,Tawakkal kpd Allah..ke arah 0 dhur thani

Thursday, December 1, 2011

So, U wanna be a doctor??

A good article. Written by a doctor. Do read. It'll cause u no harm, peeps!
http://simonsim.wordpress.com/2011/12/01/malaysian-doctor/