Wednesday, December 28, 2011

CONGRATULATIONS To The 'Breast Cancer' Team!


Tahniah

Sekumpulan pelajar daripada kelas kita telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama 'Pathology Presentation Competition' anjuran universiti pada hari ini. Kumpulan yang dianggotai oleh Najwa binti Mohd Hamdan, Nurfarahin binti Ekram, Nurfatihah binti Ekram, Nor Farhana binti Mohd Zin dan Nabila binti Mohd Salim telah menyampaikan pembentangan bertajuk 'Breast Cancer' dan berjaya menawan hati para juri yang terdiri daripada Profesor dan Dr dari Pathology Department. Pertandingan tersebut diadakan dari pukul 2 hingga 5 petang di Muzium Pathology.


Pembentangan mereka yang kreatif, bersemangat, dan meyakinkan itu telah mendapat pujian bukan sahaja daripada para juri, bahkan hadirin yang lain juga. Semoga kemenangan kumpulan ini dapat menggalakkan ahli kelas yang lain untuk menyertai pertandingan seumpama ini lagi pada masa akan datang.


(maaf gambar kurang berkualiti)

VIRTUAL LAB



Section 13: Sunday and Monday from 10-12 p.m.


Section 14: Wednesday and Thursday from 10-12 p.m.



Monday, December 19, 2011

INFO KESELAMATAN: You're being harassed,what to do???

Akhir-akhir ini, semakin banyak kejadian tidak diingini telah berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah oleh masyarakat tempatan terutamanya terhadap pelajar perempuan yang dianggap lemah oleh mereka. Kecurian dan penipuan adalah perkara yang telah berleluasa sekian lama, namun bagi pelajar perempuan pula, mereka lebih berisiko, dan seringkali menjadi mangsa sexual harassment oleh lelaki-lelaki Arab. Pelajar perempuan menjadi mangsa raba (di dalam teksi,and even semasa berselisih bahu dengan lelaki Arab di jalanan!), sering diucapkan kata-kata lucah oleh lelaki Arab, bahkan diajak masuk kereta. Lebih malang lagi, perbuatan meraba dilaporkan telah terjadi kepada siswi yang berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya. 


Oleh itu, demi menjaga keselamatan diri, langkah berwaspada haruslah dipraktikkan supaya pelajar Malaysia tidak lagi menjadi mangsa masyarakat tempatan yang tidak bertanggung-jawab. Berikut adalah senarai perkataan-perkatan yang dapat diucapkan, jika anda terperangkap dalam situasi yang tidak diingini seperti di atas:


1. حرامي - Pencuri!!

2. ساعدني - Tolong aku!!

3. هو مس جسدي - Dia telah pegang tubuh badan aku.

4. حرام عليك - Haram ke atas kamu!!

5. إبعد عني - Jauhkan diri daripada aku.

6. إحفظ - Jaga-jaga.

7. بلطجية هنا - Samseng di sini.

8. خلي بالك - Ambil perhatian!

9. أنا في الخطير - Aku dalam keadaan bahaya!!

10. إحتراس - Berwaspada.

11. لا تزعجها - Jangan kamu ganggu dia.


12. حسبنا الله ونعم الوكيل - Aku berserah padaMu Ya Allah dan Aku bertawakal


Bagi pelajar perempuan terutamanya, harus ingat bahawa jika terperangkap dalam situasi tidak diingini, anda harus mengumpul kekuatan dan menjerit sekuat mungkin sekalipun anda tidak mengingati perkatan-perkataan di atas. Ini penting supaya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap anda. Orang ramai akan bergegas ke arah anda dan InsyaAllah, manusia durjana itu akan kena balun dengan orang ramai pulak (serve you right @#$%^!). Malang sekali, dalam banyak kes yang dilaporkan, pelajar perempuan tidak berupaya menjerit dan gagal berbuat apa-apa sebab dah terlalu terkejut agaknya.....so kawan2, marilah ubah tanggapan masyarakat Arab terhadap kita dan tunjukkan bahawa pelajar Malaysia tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya, OK!

Selain itu, other precautions should be taken seperti elakkan berjalan berseorangan, menggunakan khidmad mushrif, mempelajari martial arts, mendapatkan pepper spray, dan sebagainya. Please love yourself cuz Allah, and countless other people love you!

Thursday, December 15, 2011

Belajar liLLAHItaa'la

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas...ISLAM IS A WAY OF LIFE
Sumber:http://www.iluvislam.com/

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

SMART CIRCLE AKHAWAT Kali Pertama


Tarikh : 9 Disember 2011
Tempat  : Darul Rahmah
Masa : 12:30 – 3:30 petang

Objektif :
i.              Untuk merapatkan ukhuwah sesame ahli batch.
ii.            Sebagai aktiviti Smart Circle.
iii.          Sebagai medium pengisian ilmu dan motivasi untuk semua pelajar.

Aturcara majis :
12:30 – Ketibaan pelajar perempuan tahun 3 Konvensional.
1:00 – Solat hajat dan bacaan Yasin secara berjemaah.
2:00 – Ucapan ringkas oleh penolong batch, Saudari Siti Sofia.
2:15 – Slot tayangan video‘Sejernih Airmatamu’ oleh Prof. Dr. Muhaya.
2:30 – Rumusan oleh Saudari Ain Zulaliza.
3:00 – Jamuan ringan potluck.
3:30 – Bersurai.

 Kesimpulan :
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Diaharapkan selepas ini lebih ramai lagi pelajar  dapat turut serta menyertai aktiviti Smart Circle ini, InsyaAllah.

 prepared by : The Class Secretaries

Thursday, December 8, 2011

Monday, December 5, 2011

Result Kelas Bahasa Arab



B: Beginner
I: Intermediate

Friday, December 2, 2011

MIDTERM: Reminders


    • a)Pathology:30 Qs,15 marks,30 min,sylbus(cell inj,inflamation,circulatry)

      b)Pharmacology:40Qs,20 marks,40 min,sylbus(gen n auto),question in mcq book 

      c)Microbiology:30Qs((20 MCQ + 10 True and false),10 marks,sylbus(teks page 1-79(vol.1))

      d)Parasitology:20Qs,10marks,sylbus(cestode n tremtode),mcq Qs in pract book pg 125

      e) venue:basement dwan hafiz..angka giliran bole tgok kat board dpan shuun tulab.

      f) dtg awal n bawa kelengkapan secukupnya.

      p/s:Studi,Doa,Tawakkal kpd Allah..ke arah 0 dhur thani

Thursday, December 1, 2011

So, U wanna be a doctor??

A good article. Written by a doctor. Do read. It'll cause u no harm, peeps!
http://simonsim.wordpress.com/2011/12/01/malaysian-doctor/

Monday, November 21, 2011

Letih?jom hilangkan :D

 Zikir ni Nabi Muhammad S.A.W ajarkan kepada puteri baginda,Saidatina Fatimah Az-Zahrah R.'A,apabila puteri baginda mengadu keletihan menguruskan urusan rumahtangga..
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri Baginda,
Ketahuilah akan ku ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku.Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x,maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

zikir ini juga merupakan lafaz zikir malaikat yg menanggung arash, bilamana diucapkan, terasa semakin ringan oleh malaikat yg menanggungkan.





MIDTERM info.

Info Exam Midterm


Pharmacology
Midterm - 20 marks
- 40 MCQ Qs, from the MCQ book . Will be given soon
- end of nov or early of dec
- general & autonomic

Parasitology
midterm exam, last week of november. Mcq10q,10m. Tempat maybe dkat lab, masa practical. Syllabus smpi mana yg bljr. Dlm buku practical ad soalan mcq (page 125)

Microbiology
exam-questions=30, markah=10 (20 MCQ + 10 True and false), topics yg masuk,buku
teks page 1-79(vol.1)

Pathology
silabus yg terlibat : Cell Injury, Inflamation+ Repair , Circulatory Disturbances
Multiple Choices Questions 
Jumlah soalan : 30 soalan
Jumlah Markah : 15 markah
Soalan mcq bole diperoleh di maktabah

Saturday, November 19, 2011

Garis Panduan Keselamatan (Dikeluarkan oleh Malaysian Embassy)

GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2011 
KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR

1.         Maklumat Am 
1.1.      Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) kepada semua warga Malaysia di Republik Arab Mesir. Ia adalah merupakan susulan kepada Garis Panduan Keselamatan Bil. 1 Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh KBMK pada 7 Mac 2011 berdasarkan kepada situasi politik dan ekonomi semasa Mesir.

2.         Keadaan dan Maklumat Semasa

(A)       Ringkasan Suasana Semasa
2.1.      Semua pejabat Kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan, premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awam secara amnya masih beroperasi seperti biasa.

STAR: Updates

STAR !!
  • asslmkm..kls seterusnya:

    pharma:

    hari:ahad(20nov)
    waktu:6ptg
    tajuk:sympatholytic
    tmpt:QIS

    ****STAR tmbahan pharma:

    hari:kamis(24 nov)
    waktu :6ptg
    tajuk :parasympathomimatic n P$lytic
    tmpt :QIS
    (mggu ni ad 2 kali,utk menpercepatkn pembelajaran)

    patho:

    hari:selasa(22nov)
    tajuk:repair and cell injury
    waktu :6ptg
    tmpt:QIS

    p/s:
    ~minta dtg awal,sbb 21-24 hb,kami exam round forensic(hargai masa semua mentor anda)terma kasih.
    ~sbrg masalah rujuk sy(0114721808-esteqqama) atau solah(0117386768)-pm atau msj)
    ~masa,jika ad perubahan akan dimaklumkn
    ~maaf pd semua,mungkin "tutor dlm group kecil" akan berubah mentor stp minggu
    ~tlg wat ulangkaji sblm ke STAR
    ~tlg tepati waktu

Friday, November 18, 2011

ARTIKEL: Ulasan Tabiat 1


Ulasan Tabiat 1: Pro Aktif Mulakan Dengan yang di Depan Cermin

April 4th, 2007 by Abu Saif 12:11 am | 11,387 views | Print Print | Email Email |Leave a reply »
KENYATAAN:
Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke PendahuluanHabit 1Habit 2Habit 3Habit 4Habit 5,Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF

“Macam mana saya nak baik, kalau suami saya jenis manusia macam tu?”, keluh seorang isteri.
“Saya faham Insya Allah, tentang apa yang ustaz cakap. Tapi isteri saya yang masalahnya. Ustaz tak ada buat kursus untuk isteri-isteri?”, kata seorang suami.
“Apa yang ustaz cakap tu betul. Tapi kami orang bawah nak buat macam mana? Teori graviti bukankah atas ke bawah? Orang atas yang kena dengar benda-benda ni”, keluh kerani-kerani dari sebuah bank.
“Saya rasa puas hati betul dengan huraian ustaz. Kami di bahagian pengurusan faham Insya Allah. Alangkah baiknya kalau orang bawah faham benda-benda ini. Sebab mereka yang nak buat kerja-kerja itu nanti”, kata bos-bos yang berkursus.
Itulah nada-nada biasa yang saya dengar setiap kali mengendalikan kursus. Semua orang meletakkan syarat perubahan pada orang lain. Pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah.

MICROBIOLOGY: Midterm Exam


Midterm exam will start on 26/11/2011 (depends la practical class kte ari ape. kalo ari selasa, means exam ari selasa la). 
10 markah. 20 soalan mcq. 
buku mcq bole didapati di maktabah a'ta'. 
syllabus yg masuk : buku teks page 1-79 (vol 1)

>Izzati Zamri

Thursday, November 17, 2011

Glow with Flow 3rd year

Sila hadirkan diri untuk pemahaman yang lebih jelas tentang subjek2 3rd year..makanan ringan disediakan :D