Thursday, April 28, 2011

Update : Practical Anatomy

ANATOMY :

Update Praktikal....
Total ade 20 station:
> 2 Questions each station = 40 Questions = 40 Mark <

- 4 stations for H&N
- 3 " for Neuro
- 3 " for L.Limb
- 2 " for skull
- 1 " for x-ray
- 1 " for Femur
- 1 " for Tibia
- 1 " Fibula( identify side only)
- 1 " foot (names only)
- 1 " cervical vertebrae
- 1 " Mandible
- 1 " Hip bone

Important points..
~Muscles- n.supply and action
~Nerve n vessel-begin n termination
~Glands- n.supply n opening duct
~Bones- Fibula (maybe present) n foot (names only)

p/s : sila hantar clinical cases kpd makcik kerani di dept.Anatomy selewatnya sblm Mei..lagi awal lagi baik. Contoh jawapan boleh didapati di depan kuliah Tibb.

Harap Maklum~ Ma'at Taufiq waa Najah
::: Anatomy memohon maaf dr shbt2 semua jika ada kesilapan n kkurgn selama kami bertugas ::: mohon doakn kejayaan bersama,InsyAllah :::

Esok,Jumaat museum anatomy akan dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang.Sesiapa yang belum habis tengok jar anat lg boleh berbuat demikian esok.

reminder anatomy :

1. Jawapan untuk clinical cases sudah mula dijual di maktabah dalam gamaah ( maktabah yang ada banyak2 buku tu )
2. Clinical cases - WRITTEN SAHAJA. 3 soalan - LL, H&N n NEURO. Soalan lebih kurang sama dengan yang dalam buku MCQ.
3. Tiada exam untuk tulang Fibula pada tahun ini.

Update : 28/4/2011 (Biochem & Histo )

histology:
kami dari pihak ajk histo ingin memohon maaf di atas kekeliruan mengenaik slide VAGINA.slide vagina TIDAK DI CANCELKAN di dalam exam practical(SLIDE FOR VAGINA STILL PRESENT IN PRACTICAL EXAM)

biochemistry:
For those who carry 1st year Biochemistry subject, there are 2 additional topics which have been deleted in DNA:
1- Vectors
2- R.F.L.P

Update : Practical Physiology



P/S : Tips , kalau boleh jangan study buku / nota praktikal sahaja , kalau boleh study basic info tentang tests juga sebab mungkin Dr akan tanya . Contoh : Tendon jerk , ia merupakan dynamic stretch reflex , jadi studylah juga stretch reflex secara umumnya :)

Update : Practical Histology

Senarai slide tahun 1 :





senarai slide yang masuk exam practical (tahun 2)

1.thin skin
2.thick skin
3.circumvalate papilla
4.tongue of rabbit
5.tongue of dog
6.lip
7.esophagus of cat
8.esophagus of dog
9.fundus of stomach
10.pylorus of stomac
11.gastroesophageal junction
12.pyloroduodenal junction
13.duodenum
14.jejunum
15.ileum
16.appendix of rabbit
17.appendix of human/dog
18.large intestine
19.rectoanal junction
20.liver of human
21.liver pf pig
22.live injected with gelatin ceramin
23.liver and gall bladder
24.submandibular gland of human
25.submandibular gland of dog
26.pituitary gland
27.suprarenal gland
28.parotid gland
29.pancrease
30.thyroid gland
31.kidney
32.kidney injected with gelatin ceramin
33.urinary bladder
34.ureter
35.spermatic cord
36.prostate
37.testis and epididymis
38.placenta
39.vagina
40.lactating mammary gland
41.follapian tube
42.uterus
43.ovary
44.organ of corti
45.cilliary body and processes
46.iris
47.cornea
48.retina
49.eyelid
50.muscle spindle
51.pacinian corpuscle

slide bukan under microscope:

1.cervical segment
2.thoracic segment
3.lumbar segment

kalau untuk diagram only:

1.closed medulla at sensory decussation
2.closed medulla at motor decussation
3.open medulla
4.inferior pon
5.superior pon
6.inferior midbrain
7.superior midbrain
8.cerebellum

Slides Histology Pics
http://www.4shared.com/file/NMBKI5fq/histo_slide.html

atau dapatkannya daripada :
'Ammar (Ikhwah )
Nordalila (Akhawat)

Update : Practical Biochemistry



Jadual untuk imtihan amali Biochemistry :

Fasa 1 ( Pukul 9pg - 10pg )
Makmal Alif : 10886 - 10947
Makmal Ba : 10948 - 10990

Fasa 2 ( Pukul 11pg - 12pg)
Makmal Alif : 10991 - 11052
Makmal Ba : 11053 - 11115

Fasa 3 ( Pukul 1ptg -2ptg)
Makmal Alif : 11116 - 11175
Makmal Ba : 11176 - Akhir

P.S : Nombor yang dinyatakan ialah 5 digit terakhir angka giliran . Contoh angka giliran : 201010*** . Untuk semakan angka giliran , bolehlah merujuk kepada post blog ini : http://kullufisabilillah.blogspot.com/2011/01/senarai-nama-dan-angka-giliran.html

Semoga berjaya .

Monday, April 25, 2011

Peringatan sempena imtihan...(Disiplin Diri)

Permata diri yang semakin berkurangan. Bagaimana mahu mendapatkannya kembali?

1. Selalu meminta nasihat.
2. Buat sesuatu perkara secara istiqamah walaupun sedikit.
3. Kenangi kembali keperitan yang dihadapi sebelum mencapai kemanisan.
4. Usah dikenangi kemanisan kerana ianya boleh melalaikan, dan ia bukannya menjadi jaminan tiket selamat dari api Neraka.
5. Banyakkan membaca.
6. Berjiwa besar.
7. Menyusun hidup dengan al-Quran.
8. Mengatur urusan harian berpandukan jadual solat 5 waktu berjemaah.
9. Merehatkan dengan wudhu' dan bersolat.
10.Berani mengaku kesalahan dan berusaha menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama.
11.Bergaul dengan orang-orang soleh dan cemerlang.
12.Mentadabbur ayat-ayat suci Allah.
13.Mengikut rukun mujahadah; kurang makan, kurang bercakap, kurang tidur.
14.Senyum selalu.
15.Tambahkan prihatin dan cinta dalam tindakan, bukan dalam percakapan.
16.Telusuri sejarah dan sirah.
17.Pelajari hadith dan sunnah.
18.Perbaiki akhlak. Dengan Allah. Dengan manusia. Dengan semua ciptaan Allah
19.Teladani motivasi diri berminda positif dan mahu menyumbang. Jangan jadi kera sumbang.
20.Punya matlamat yang jelas. Punya usaha yang tegas dan keras untuk matlamat.


10 Muwasofat Tarbiyah = 10 ciri Individu Muslim

* Peperiksaan dunia hanyalah wasilah(jalan) menuju peperiksaan yang sebenarnya iaitu peperiksaan akhirat.
Jom kita jadikan exam ini sebagai wasilah untuk lebih mendekatkan diri pada Allah.

Istiqomahlah...biar sedikit tetapi berterusan :)

USAHA+DOA+TAWAKKAL~

Jadual Kuliah@Tutor Tambahan Minggu Ini~

ANATOMY
 
Selasa :9-10 pg Dr.Gamal (cervical vertebrae)

           :12.30 tghri Dr.Hany (skull + vertebrae)

Rabu : 10-11pg Dr.Khalid (Jars H&N)
Khamis :10-11p Dr. Mos'ab (LL jars + LL bones)

Kelas X-ray Doc Adel Hawary akan dibgthu semula~harap maklum


HISTOLOGY

Kelas Histo minggu ni..
 
1)selasa:11am
2)rabu:9am
3)kamis:11am
 
oleh dr amani tahiri. (kelas dekat lab histo)

Sebarang persoalan boleh merujuk kepada ketua sebjek Anatomy & Histology.

Wednesday, April 20, 2011

Update : Final Exam 2

INFO KINI !

ANATOMY

~ Exam format : Sama macam last year, cuma tambah 3 clinical cases ( LL - H&N - Neuro ) SAHAJA.
~ Marking scheme : written - 125 , practical - 40 , oral - 25 .
~ Silibus terbaru untuk exam postmidterm ( after written ) - LL , some neuro n some embryo.
~ Jars yang TIADA formalin ada yang masuk exam, KECUALI jars yang tinggi. Soalan practical sama macam last year, eg ; origin , insertion , branches , nerve supply n etc.
~ Silibus yang dibuang dalam Embryology :
>FROM DEVELOPMENT OF THE BRAIN SAMPAI HABIS (Buku teks Mukasurat 115 - akhir) , .
>Development of Upper and Lower Limb : Delete Skeleton ,Muscles,Arteries(Upper & Lower)
>Development and anomalies of : skull , ribs , sternum .

sumber : Asyraf Hafiz dan Rabiatul Adawiyah Resul

PHYSIOLOGY

~ buku log : perlu dihantar semasa session masing2, sama ada minggu ini / minggu depan (hanya tulis tajuk, activity detail(diagram) n tandatangan)
~ praktikal minggu ini : hanya REVISION sahaja
~ prakrikal minggu depan : tajuk yang ingin diulang revision sahaja
~ senarai tajuk practical exam : rujuk blog
~ silibus utk exam post midterm : spinal cord sampai habis ,metabolism dan endocrine
~ marking scheme : rujuk blog (di kotak reminder yang akan diupdate sebentar lagi)

sumber : Mohd Zaim Bin Zakaria dan Siti Fatimah Mohd Zain

BIOCHEM

~ Exam post midterm ditunda selepas exam written. MCQ dlm 20 soalan. Topik baca la semua seiring dengan written keluar semua topik.
~ tarikh dan jadual untuk written, practical, sheet, oral utk 1st dan 2nd year - rujuk jadual yg baru.
~ tiada penambahan silibus yg dibuang.
~ pemarkahan terbaru - rujuk blog
~ untuk praktikal, urine report sangat penting. electrophoresis, cases dll penting untuk sheet exam.
~ logbook boleh dihantar di bilik technician. lokasi bilik : sebelum masuk department di sebelah tangga kecil. terdapat makcik yg bertugas di situ. Sila hantar dan tulis nama.

sumber : Syed Syamim Al-Shahab dan Safwah Rahim

HISTOLOGY

~ kewujudan exam post-midterm : ada
~ silibus utk exam post midterm : FGSysetm,eye,ear,receptor,CNS (12Q)
~ marking scheme : rujuk blog
~ penambahan silibus yg dibuang : tiada
~ exam sheet : tiada
~ exam pract (ape yg important) : semua slide yg terdapat di lab. slide 'vagina' TIDAK akan dikeluarkan/BATAL

sumber : Shameer Abd Rahman dan Siti Mariam Tahir

P.S from admin : diingatkan bahawa semua subjek pun ada post midterm (seperti yang tertera dalam jadual) iaitu pada pukul 1.30 ptg selepas essay . Sebarang penambahan harap disampaikan menerusi id YM medicseeker (kullufisabilillah) .

Bitaufiq wannajah :)

stay update with us!
wassalam.

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Tuesday, April 19, 2011

Nota Aortic Arch ( Embryology )

Nota yang dikongsikan oleh Dr Hany Sonpol sewaktu kelas tutorial semalam .

Update : Final Exam !






Terlebih dahulu pihak pengurusan blog Medicseeker ingin memohon kemaafan sekiranya terlambat untuk mengemaskini blog dengan info terkini mengenai imtihaan akhir tahun yang bakal kita hadapi tidak lama lagi . Dan kami juga memahami ramai yang mula menyahaktifkan akaun Facebook mereka jadi blog ini menjadi sumber utama dalam mendapatkan maklumat . InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya bagi memenuhi kehendak kawan - kawan , dan maaf sekiranya ada maklumat di FB yang tidak dimasukkan ke dalam blog , minta kawan - kawan yang masih aktif di Medicseeker FB agar sebar - sebarkanlah juga maklumat kepada kawan yang lain . Berpeganglah kepada prinsip " Jika kamu memenuhi hajat manusia , Allah akan memenuhi hajat kamu :) "

Entri ini kami sertakan beberapa fail penting untuk membantu kawan - kawan dalam menghadapi praktikal exam serta jadual exam ( essay dan praktikal ) . Minta kawan - kawan ambil cakna ya !


JADUAL EXAM (PRAKTIKAL , ORAL , MCQ (POSTMIDTERM) , ESSAY









BAHAN RUJUKAN UJIAN PRAKTIKAL ( SLIDES , GAMBAR JAR , SOALAN )






Terima kasih buat kawan yang sudi berkongsi fail - fail di atas .
Untuk fail - fail sebelumnya bolehlah merujuk kepada folder 4shared di bawah :


Akhir kata , selaku rakan seperjuangan admin ingin mengingatkan diri sendiri dan kawan - kawan agar berusaha sedaya upaya dalam mengulangkaji di samping tidak melupakan tujuan asal kita dihidupkan seperti yang tercatat dalam al Quran , Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Ad Dzariyaat , 56) . Jangan kerana sibuk stay up pada malam hari kita meninggalkan solat Subuh , dan tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa kita hanya berikhtiar , Allah yang menentukan keputusannya agar akidah kita tidak goyah dan kita akan berasa senang dengan apa jua yang ditetapkan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya :)

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang dalam kalangan kamu , apabila dia melakukan sesuatu dia melakukan dengan bersungguh - sungguh dan teliti . (HR At Tabrani)

Sunday, April 17, 2011

Jadual Kelas Anatomy Terbaru

 Ganti lecture
 

Tempat : Dept. Anatomy
By : Doc Gamal Futuh...

Topics covered :
1) Lower Limb -vessels of LL
2) Neuro- Cranial nernes,Limbic system,Ventricle

Ahad 10-11pg
Selasa 9-10pg
Rabu 11-12pg
Khamis 10-11pg 


Jadual kelas revision minggu ini

Sunday 12.30 Embryology Doc Hany Sanpol
Monday 12.30 Embryology doc mus'ab
Tuesday 12.30 Neuro(pons and midbrain pastu revise sal cranial nerves)-Doc Mus'ab



1. Exam format ; Sama macam last year, cuma tambah 3 clinical cases ( LL - H&N - Neuro ) SAHAJA.
2. Marking scheme ; written - 125 , practical - 40 , oral - 25 .

Info anatomy tahun 1 dan tahun 2 sama. Jika ada apa2 perubahan, akan diberitahu kemudian. Selamat study :) 


Apa-apa persoalan berkaitan anatomy boleh rujuk : Asyraf Hafiz & Rabiatul Adawiyah Resul.

Friday, April 15, 2011

Final Examination Schedule For Mansoura University (Conventional)




Update : STAR

TUTOR PCM !

<3tahun 1
-jumaat jam 4.00 ptg , 7.00 mlm

biochemistry : enzyme (Roainna Mohd Fadzil + Muhammad Najmi Samsulrizal)
physiology :

COP, work of heart, cardiac reserve, factor of ABP (ptg - Wan Munirah Nur Ain Zulaliza)
blood platelets n homeostasis (mlm - Shameer Abd Rahman Azim Hasnan)

<3tahun 2
-7.00 pm

ahad :physiology - CNS : Thalamus (Nasa)
isnin :physiology - kidney : Osmolarity (Ubai)

selasa :biochemistry : nucleotides metabolism (k.um) - 8.15pm

** sila hadir tepat / awal dari waktu kelas bermula.

stay update with us!
wassalam.

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Bercinta ?

PERINGATAN!!!!!!

ARTIKEL INI BUKAN BOLEH DIBACA OLEH SEBARANGAN ORANG….

HANYA ORANG YANG MEMENUHI SYARAT DI BAWAH SAHAJA YANG

LAYAK MEMBACANYA…..BERANI?????

SYARAT – SYARAT UNTUK MEMBACA :

1. Hati anda perlu terbuka…sedia menerima teguran.

2. Anda akan memikul satu tanggungjawab yang berat selepas

membaca artikel ini….adakah anda bersedia?????

3. Sekiranya anda tidak melaksanakan apa yang diarah,anda akan

mendapat dosa dari Allah dan akan ditanya tentangnya di Padang Mahsyar kelak…..takut???

4. Namun sekiranya anda berubah dan mengikutinya….anda akan

mendapat pahala dari Allah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat…insyaAllah……

5. Artikel ini merupakan fenomena popular di kalangan kita…dan

pastinya anda turut mengalaminya dan pernah memikirkan tentangnya….tak percaya???

6. Hanya orang yang mengimpikan syurga Allah sahaja yang dibenarkan

membaca artikel ini….bagi yang nak neraka..benda ni tak penting buat mereka….

7. Anda harus membaca setiap perkataan dan ayat. Jangan sesekali anda skip….

8. Bacalah dan hayati…moga mendapat manfaat….

KEPADA MEREKA YANG ADA CINTA TERLARANG....

1. Kami tidak berzina!
-Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

2. Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum..
adakah menghampiri zina ?
-Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.


3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita
yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan
dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita
kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan
nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.
Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan
tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.
Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan
perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi
dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya
berjalan (menuju ke tempat dating). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di
dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun, kalau tidak di berkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan.
Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah
berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak
macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah
study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu
dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri
ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau
naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang
dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada
diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.
Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan
kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan
qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,
bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang
sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia
melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa
“sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada
yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (hadis Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian
perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan, kemudian
duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual
sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk
semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam
… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan
cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah
sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa
yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun.
21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu
peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita
sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan
memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya
memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempuan
seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh
test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mi goreng dan segelas sirap, bawalah
kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti, mereka ada
pasangannya. Firman Allah:“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta
perempuan yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?

- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putuskanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa melainkan
dengan insan yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Penerima taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa.
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu
kepada orang lain? Oh Tuhan, hamba Mu ini berdosa..




Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

Tahniah…anda Berjaya membaca keseluruhan artikel ini…..kini anda mengetahui
yang mana betul dan yang salah…anda telah menggalas satu tanggungjawab….
dan Ingatlah di akhirat nanti, anda pasti tidak dapat berdalih sekiranya Allah bertanya
kepada anda (sekiranya anda tidak mengambil iktibar dan tidak membuat sebarang tindakan)
Sekian….

Sharing : Nota Mechanism of Hormonal Action + Contoh Soalan

Sumber : Kelas Tutorial STAR . Terima kasih kepada yang sudi berkongsi .


Updated Practical Exam~

Physiology


Ni list masuk practical Physio, insyaAllah.. boleh tgk kat department Physiology..
Postmidterm mungkin ada atau tidak sebab masih tiada kata putus.
Jadi seeloknya study topik-topik untuk 2nd term
 
setakat ni marking scheme masih same~
 
MCQ=20
SHEET=10
PRACTICAL=15
0RAL=20
WRITTEN=125
ACTIVITY=10
  
CT SCAN NeuroAnatomy
 

Biochemistry
 

 

[MADRASAH] - Jadual Terkini


Jemput semua ke Madrasah Imam Nawawi~
Sama-sama menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat :)

Thursday, April 14, 2011

KISAH SURAH KAHFI..


Kisah 1 : Ashabul Kahfi (ayat 9-26)

Kafir Quraisy menggunakan Yahudi sebagai penasihat untuk menjatuhkan Rasulullah s.a.w., maka Yahudi menyeru kepada golongan kafir Quraisy untuk mengajukan 3 soalan kepada Rasulullah s.a.w., sekiranya Rasulullah boleh menjawab 2 soalan maka benar beliau seorang Rasul dan sekiranya Rasulullah boleh menjawab ketiga-tiga soalan, maka beliau hanyalah seorang pendusta.

Soalan yahudi :

1. Siapakah yang tidur selama 300 tahun (dalam kiraan tahun hijriah 309 tahun)?
2. Siapakah yang menguasai timur dan barat?
3. Apa itu roh?

Nabi menyuruh kafir Quraisy tersebut pulang dan hanya akan menjawabnya beberapa hari kemudian (selepas mendapat wahyu dari Allah taala). Jawapan yang diberikan oleh Nabi kepada kafir Quraisy tersebut adalah :

1. Ashabul kahfi
2. Zulkarnain
3. (jawapan mengenai persoalan roh dijawab oleh Allah di dalam surah al-Isra')

Kisah 2 : 2 Beradik Yang Kaya (ayat 32-46)

2 beradik yang kematian ibubapa dikurniakan 2 bidang tanah. Si Abang menggunakan harta tersebut ke jalan maksiat (kemungkaran) dan Si Adik menggunakan harta tersebut dengan jalan kebajikan, banyak melakukan infaq. Si Abang yang melihat keluasan tanah adiknya semakin berkurangan lalu bertanya kehairanan, untuk apa engkau menginfaqkan hartamu kepada orang-orang miskin, kalau mereka mahu (kekayaan/kesenangan) mestilah dengan usaha sendiri. Tetapi, Si Adik lebih menyukai untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Pada suatu hari, Abangnya ke ladang tanamannya dan melihat kesemua pokok-pokok yang ditanam mati dan tidak ada apa yang tinggal, dalam sekelip mata Allah musnahkan kesemua tanaman yang ada. Hakikatnya, kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi.

Pengajarannya: Apabila memandang yang cantik/indah maka sebutlah 'MASYA ALLAH', apabila melihat tanaman membesar dengan baik, pokok subur dengan baik maka perbanyakkanlah menyebut 'MASYA ALLAH'. Apabila melihat sesuatu yang tidak baik, mendengar apa-apa yang tidak baik maka sebutlah 'SUBHANALLAH'. (Masalah orang Melayu jadi terbalik, yang indah disebut subhanaLLah dan yang buruk disebut masyaAllah)

Kisah 3 : Kembara Nabi Musa & Nabi Khidir (ayat 60-82)

Ketika Nabi Musa berceramah di hadapan kaumnya, seorang pendengar bertanya "adakah lagi orang yang lebih alim dari engkau?" maka Nabi Musa a.s. menjawab "tidak".Kemudian, Nabi Musa ditegur oleh Allah taala bahawa Nabi Musa alim dalam ilmu syariat manakala ada orang yang lebih alim tetapi di bidang lain (laduni) iaitu Nabi Khidir a.s..

Maka, Nabi Musa memulakan kembaranya untuk berjumpa dengan Nabi Khidir a.s. dengan membawa Nusya Bin Nun, dengan berbekalkan ikan sebagai petunjuk (ikan tersebut akan hidup di muara pertemuan dua air dan apabila berenang airnya tidak akan bercantum) tempat pertemuan dengan Nabi Khidir a.s..

Dipendekkan kisah, akhirnya Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir di tempat pertemuan yang telah Allah beri petunjuk. Syarat yang diberikan oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa ialah Nabi Musa tidak dibenarkan bertanya mengapa dan kenapa Nabi Khidir melakukan sesuatu dan hanya melihat sahaja. Setelah mempersetujui, maka mereka mengembara bersama.

Situasi 1.

Semasa menaiki sampan, apabila hampir tiba di tebing maka Nabi Khidir menebuk lubang pada sampan yang mereka naiki tersebut. Nabi Musa kehairanan dan bertanya mengapa Nabi Khidir menebuk lubang pada sampan tersebut sehingga hampir tenggelam. Nabi Khidir menjawab, "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa".

Situasi 2.

Tiba di suatu tempat, Nabi Khidir memulas tengkuk seorang budak yang sedang bermain sehingga kanak-kanak itu mati. Nabi Musa mula marah kerana di dalam ilmu pensyariatan, membunuh dengan sengaja adalah haram. Nabi Khidir lalu menjawab, "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa. Sekali lagi kamu bertanya, kita berpisah."

Situasi 3.

Tiba di suatu kampung, Nabi Khidir dan Nabi Musa yang kelaparan meminta untuk menjadi tetamu kepada mana-mana penduduk agar mendapat makanan tetapi tidak ada seorang pun penduduk kampung yang mahu menerima mereka sebagai tetamu. Mereka terus berjalan di hujung kampung dan melihat tembok yang hampir runtuh maka Nabi Khidir membaiki tembok tersebut.

Nabi Musa hairan, sudahlah tidak dibantu penduduk kampung dan tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu, Nabi Khidir bahkan membaiki tembok yang hampir runtuh tersebut sedangkan semasa menaiki sampan, dibocorkan. Tengkuk kanak-kanak yang bermain, dipulas sehingga mati. 

Maka, Nabi Khidir berkata "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa. Sekarang, kita berpisah." Ilmu yang ada pada Nabi Musa adalah ilmu pensyariatan sedangkan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Khidir adalah ilmu laduni dan ianya tidak boleh dipelajari kerana ia terus kepada Allah. Sebelum berpisah, Nabi Khidir menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Nabi Musa tentang ketiga-tiga peristiwa yang berlaku.

1. Pemerintah akan merampas kesemua sampan yang cantik dan hanya akan melepaskan sampan yang bocor kepada rakyat. Sedangkan pemilik sampan tersebut hanya memiliki sampan itu untuk menyara kehidupan keluarganya.

2. Kanak-kanak tersebut apabila besar dia akan menjadi kafir bahkan dia akan menyebabkan kedua ibubapanya menjadi kafir. Setelah dimatikan, maka Allah akan menggantikan dengan kehadiran anak yang lebih baik. Ini kerana, kedua ibubapa kanak-kanak itu adalah orang yang soleh.

3. Berhampiran tembok itu ada peninggalan harta ibubapa kepada anak-anak yang sudah menjadi yatim. Sekiranya tembok itu runtuh maka anak-anak tersebut tidak akan tahu tentang peninggalan harta tersebut (yang tertimbus dengan tembok) dan apabila besar mereka akan digerakkan hati untuk mengorek kembali harta tersebut.

Sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat; "Sekiranya Nabi Musa bersabar dengan Nabi Khidir, maka tentulah kita akan mendengar banyak cerita yang menarik."

Kisah 4 : Zulkarnain (ayat 83-98)

Allah memberi kelebihan kepadanya untuk menutup pintu Yakjuj & Makjuj sehinggalah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman Nabi Muhammad, pintu Yakjuj & Makjuj dibuka sedikit demi sedikit (yang mana sebelum itu setiap kali mahu dibuka, ada malaikat yang menutupnya kembali).



*Surah Kahfi elok diamalkan pada malam Jumaat untuk mengelakkan kita dari fitnah dajjal.. 
sama-sama beramal :)