Wednesday, February 23, 2011

Tarikh Terkini Permulaan Kuliah


Sila klik untuk paparan lebih jelas .

Sumber : jpt.mohe.gov.my

Tuesday, February 22, 2011

Koleksi Soalan Anatomy



*credit kepada sahabat kita yang berkongsi . sebarang perkongsian , bolehlah dihantar kepada emel : amruhenshin@gmail.com . kita mudahkan urusan orang lain , Allah mudahkan urusan kita :)

download di sini : http://www.4shared.com/file/icnIybPo/pasts.html



Thursday, February 17, 2011

Penjelasan Isu Pulang Semula ke Mesir

update: 1753hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +2 @ 1153hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +8

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam diatas berjayanya Ops Piramid dan juga selamatnya rakyat kita kembali semula ke tanah air. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Airlines, Air Asia dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan operasi evakuasi pelajar kita di sana. Di sini terdapa beberapa pengumuman penting berkenaan keadaan semasa yang melibatkan isu pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

1. TIADA jaminan keselamatan bagi pelajar yang ingin pulang semula ke Mesir.

2. Kerajaan masih lagi belum memutuskan tarikh selamat pulang ke Mesir memandangkan keadaan di sana masih lagi bergolak.

3. Wakil pelajar kami masih ada di sana dalam menilai situasi semasa, dan diharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif berkenaan kredibiliti kami dan juga kredibiliti Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kelangsungan akademik pelajar kita.

4. Berkenaan tarikh mula kulliyah, kami sudah sedia maklum perkara berkenaan dengan universiti. Wakil pelajar telah berjumpa dengan Professor di Universiti dan juga pegawai EM (Education Malaysia) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan juga pegawai negeri, hasil perbincangan, tetap tiada jaminan bahawa pelajar Malaysia selamat kembali ke Mesir buat masa ini dan kulliyah akan bermula seperti biasa (belum tentu pasti kulliyah akan mula).

5. Perlu difahamkan bahawa pihak universiti tidak akan menanggung risiko keselamatan pelajar kita, dan kerajaan telah bersusah payah membawa keluar pelajar kita demi keselamatan nyawa, jiwaraga dan maruah setiap pelajar.

6. Sebarang spekulasi universiti akan memulakan kulliyah dan peperiksaan tidak perlu dilayan. Mahasiswa/wi kita lebih arif lagi tentang sikap dan perangai orang Arab selama ini. Tangguh menangguh dan memungkiri janji adalah suatu perkara biasa bagi orang Arab (termasuk peringkat atasan sekalipun). Sebagai contoh, setiap tahun universiti umukan 26 September untuk mula semula kulliyah, tapi bila tiba waktunya, universiti akan tangguhkan kepada 1 Oktober kerana pelajar tak pulang lagi. Ini juga dapat dilihat pada hari ini, Mansoura University pada mulanya memutuskan kulliyah utk mula pada 19/2 kemudian ditangguh pada 26/2 dan terkini 5/3. Ini telah membuktikan betapa arab ini tidak konsisten dengan apa yang mereka lakukan. Bagi mahasiswa/wi, kalian lebih arif dengan perkara ini, bak kata arab "bukro ! "


7. Keadaan di Mesir nampak tenang sekarang, namun perlu diingat bahawa dari segi politik mereka masih belum stabil, pemerintahan tentera tidak menjaminkan apa-apa selagi the new government masih belum diputuskan. Polis juga masih belum ditempatkan, dan keselamatan buat masa kini adalah insiatif individu tersendiri di Mesir.

Sebarang masalah sila berhubung dengan Wisma Putra bagi pihak Kerajaan Malaysia, dan kami di sini membantu kerajaan Malaysia sebagai perwakilan pelajar, inshaAllah.


Berkhidmat untuk Negara,

Muhammar Amin Abdul Yasin (Abg Amin)
Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-sekarang di Mansurah, Mesir-
+20161140827

Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan (Azizi Al Fahri)
Assistant Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-di Malaysia, perwakilan sementara bagi seluruh pelajar Mesir di Malaysia-
+60135010365


Skuad perhubungan sementara Mesir Malaysia
Timbalan, Nurul Nadia Md Zin
Setiausaha 1: Muhammad Azhar Hamzah
Setiausaha 2: Aina Sakinah Azman
Setiausaha 3: Ahmad Akmal Aziz



p/s: kami memohon maaf andai ada panggilan yang tidak dapat dijawab memandangkan ketika itu kami juga sedang menjawab panggilan dari seluruh tanah air, segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Wallhua'lam.


Pesanan ADMIN : Apa - apapun , lebih elok jika kita mendengar laporan rasmi daripada pihak kerajaan nanti . Manfaatkan "cuti" ini sebaiknya :P

Alkisah Pakcik Cleaner




Sewaktu berada di Jeddah ketika evakuasi dari Mesir , saya sempat memerhatikan sesuatu yang mungkin nampak biasa jika dipandang dengan mata kasar .


Namun , takdir Ilahi , benda biasa ini , saya nampak ia seolah –olah sebagai suatu peringatan buat kita semua dalam menjalani kehidupan yang fana ini .


Kisah ini , mengenai seorang pakcik cleaner .


Pakcik cleaner , yang saya kira berusia sekitar 50 hingga 60 tahun , berwarganegara Bangladesh . Pakcik ini saya kira antara yang tua dalam kalangan pekerja – pekerja yang ada di Madinatul Hujjaj , Jeddah ini . Biasanya yang mengutip sampah di tempat penempatan kami ialah pekerja – pekerja muda .Selalunya saya nampak pakcik ini mengemop lantai tandas . Mungkin sudah tugasnya dalam bahagian kebersihan tandas .


Apa yang menarik tentang pakcik cleaner ini ?


Seperti yang saya nyatakan di atas , pakcik ini bertugas dalam bahagian kebersihan tandas . Setiap kali sebelum waktu solat ( dalam tempoh setengah jam sebelum waktu solat masuk ) , dia kelihatan bertugas di tandas berdekatan dengan surau . Dan , ketika azan dilaungkan , dialah antara yang terawal berada di surau untuk solat berjemaah .


Jadi , apa yang menarik ? Cuma solat berjemaah sahaja kan ? Kita pun biasa buat kan ?


Sengaja saya menggunakan contoh pakcik cleaner tersebut , kerana pakcik tersebut ialah seorang yang sudah bekerja , sudah berada di bawah penyeliaan seorang majikan , sedangkan kita mahasiswa/wi masih mengorak langkah dalam kehidupan kampus .


Secara kita sedar atau tidak , sejak kita menghembuskan nafas yang pertama , kita sudah pun memiliki “majikan” yang sentiasa memerhatikan gerak langkah kita .


Dia yang Maha Melihat , lagi Maha Mengetahui .


Akhlak pakcik cleaner tadi sedikit sebanyak memberi peringatan kepada saya , walaupun telah digaji oleh seorang majikan di dunia ini , namun perintah “majikan” yang telah menciptakannya tidak pernah dilupa , malah dijaga . Hakikatnya , dia tidak melanggar arahan & perintah kedua – dua majikannya (kerana dia menyelesaikan dahulu kerjanya di tandas lalu menunaikan solat setelah masuk waktu ) .


Kita , mahasiswa / wi yang saya kira sudah mampu berfikir , sudah mempunyai didikan agama yang elok , seharusnya sedar .


Kalau dibandingkan , kondisi kita jauh lebih bernasib baik daripada pakcik cleaner tadi , kita diberi kesihatan tubuh badan , masih diberi kemampuan untuk berfikir .


Namun , kita kadang – kadang hanyut dengan dunia kita sendiri , sesuatu yang dinamakan TANGGUNGJAWAB kita pandang remeh begitu sahaja .


Ada seorang sahabat pernah berkongsi definisi TANGGUNGJAWAB ini kepada saya :

TANGGUNG : Segala amanah yang diberikan kepada kita di dunia , tidak kira daripada Allah / manusia .

JAWAB : Jawapan kepada Allah di akhirat kelak tentang segala amanah yang kita laksanakan .


Ingat , di dunia ini mungkin kita boleh terlepas , tetapi di akhirat …


Tidak salah kalau mengulangkaji pelajaran sehingga 12 jam di rumah , itu sangatlah baik , tetapi janganlah sehingga amanah yang Allah berikan kepada kita itu terabai .


Tidak salah kalau tidak mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan menjadi exco , namun jika diberi amanah mohon jangan diabai , fikirlah perasaan si pemberi amanah .


Tidak salah untuk mengumpul kekayaan dunia , namun ingatlah ia bersifat sementara , jadikanlah dunia sebagai ladang akhirat , di mana di akhirat nanti kita akan menikmati kemanisan hasilnya .


Saya sendiri bukanlah orang terbaik dalam menyampaikan perkara ini , sekadar memperingati diri sendiri , moga kita tidak tergolong dalam golongan yang pecah amanah kepada manusia dan lebih – lebih lagi kepada Allah . Wallahu’alam .

Tuesday, February 15, 2011

Malam Ini Kita Semua adalah Misri!

copy dari :   saifulislam.com

“Alhamdulillah….!”

Bersujud syukur setiap hamba Allah yang menghargai sebuah keadilan.

Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama.

Tanggal bersejarah 11 Februari ’11, Omar Suleiman membuat pengumuman perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir keempat, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya.



“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.

Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.

Hosni Mubarak meletakkan jawatan!




Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu!

TELADAN REVOLUSI TUNISIA

Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.

Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.

Itulah wajah Revolusi Mesir.

Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.

Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.

Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.

Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.

Justeru apakah masa depan Mesir?

MANUSIA YANG AMAN


Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.

Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.
Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).

Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.
P
astinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.

Islamist bukan pengganas.

Mereka adalah manusia yang berintegriti.

Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.

Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.
Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.

Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]

MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA



Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.

Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…

Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!

Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.

Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.

Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.

Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.

Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.

Malam ini, kita semua adalah Misri!


* setiap apa yang berlaku bukanlah kebetulan, tetapi ada sesuatu yang perlu kita cari hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.
 Renung-renung kembali..bermula cuti winter break, rusuhan, perintah berkurung, proses evakuasi, Jeddah & Malaysia. 
Pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari.. 
Semoga kita terus menjadi mahasiswa yang maju!

Friday, February 4, 2011

Makluman Evaluasi Mansurah

Updated : 3/2/2011
Tarikh Evakuasi : 5/2/2011 (SABTU)
Berat Maksimum barang yang boleh dibawa : 7 KG (TERMASUK LAPTOP)
Masa : 3 PAGI.
Tempat berkumpul mengikut zon-zon yang telah ditetapkan

PERINGATAN :

1. Sila sediakan bekalan makanan untuk sehari.

2. Akhawat diwajibkan untuk menggunakan musyrif bagi bergerak ke zon-zon yang ditetapkan.

3. Pastikan dalam keadaan berwuduk kerana kemungkinan besar kita akan solat subuh dalam perjalanan.

4. Minta kepada semua untuk memberi kerjasama yang terbaik dan mematuhi arahan yang diberikan supaya segala proses boleh berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh merujuk kepada :

1. Pengerusi PCM, Saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh : +20110706817 atau

2. Pengarah MMMC, Saudara Muhammar Amin bin Yasin : +20161140827

3. Pengerusi DPMM, Saudara Zahimie Bin Dzahid +20101489131 (Pelajar Pengajian Islam sahaja).

ZON PERTAMA : ISTAD GAMA’AH

PENDUDUK :

1. SYARI’ IMAN
2. SYARI’ SIDDIQ
3. SYARI’ NOQITY
4. SYARI’ HASSAN SAID
5. SYARI’ ZHORIFF
6. SYARI’ HENDAWI
7. SYARI’ SYARQOWI
8. SYARI’ BARBARI
9. SYARI’ DR AHMAD NAGEY
10. SYARI’ MAKKAH
11. KAWASAN HAYYU GAMAAH

ZON KEDUA : MASJID SAMANOUDY

PENDUDUK :

1. KAWASAN SAMANOUDY
2. SYARI’ TIR’AH
3. SYARI’ ROBIE’
4. SYARI’ AQIL / LORONG CAN CAN
5. KAWASAN GALA’
6. KAWASAN KULIYYAH ADAB
7. SYARI’ NAKHLAH

ZON KETIGA : SYAIMA’

PENDUDUK :

1. SYARI’ AHMAD MAHER
2. SYARI’ OMAR MOKHTAR
3. BANGUNAN YAYASAN TERENGGANU (YT)
4. KAWASAN WEKALAH

ZON KEEMPAT : UTUBIS GADID

PENDUDUK : SEMUA PELAJAR PENGAJIAN ISLAM.