Tuesday, April 19, 2011

Update : Final Exam !






Terlebih dahulu pihak pengurusan blog Medicseeker ingin memohon kemaafan sekiranya terlambat untuk mengemaskini blog dengan info terkini mengenai imtihaan akhir tahun yang bakal kita hadapi tidak lama lagi . Dan kami juga memahami ramai yang mula menyahaktifkan akaun Facebook mereka jadi blog ini menjadi sumber utama dalam mendapatkan maklumat . InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya bagi memenuhi kehendak kawan - kawan , dan maaf sekiranya ada maklumat di FB yang tidak dimasukkan ke dalam blog , minta kawan - kawan yang masih aktif di Medicseeker FB agar sebar - sebarkanlah juga maklumat kepada kawan yang lain . Berpeganglah kepada prinsip " Jika kamu memenuhi hajat manusia , Allah akan memenuhi hajat kamu :) "

Entri ini kami sertakan beberapa fail penting untuk membantu kawan - kawan dalam menghadapi praktikal exam serta jadual exam ( essay dan praktikal ) . Minta kawan - kawan ambil cakna ya !


JADUAL EXAM (PRAKTIKAL , ORAL , MCQ (POSTMIDTERM) , ESSAY









BAHAN RUJUKAN UJIAN PRAKTIKAL ( SLIDES , GAMBAR JAR , SOALAN )






Terima kasih buat kawan yang sudi berkongsi fail - fail di atas .
Untuk fail - fail sebelumnya bolehlah merujuk kepada folder 4shared di bawah :


Akhir kata , selaku rakan seperjuangan admin ingin mengingatkan diri sendiri dan kawan - kawan agar berusaha sedaya upaya dalam mengulangkaji di samping tidak melupakan tujuan asal kita dihidupkan seperti yang tercatat dalam al Quran , Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Ad Dzariyaat , 56) . Jangan kerana sibuk stay up pada malam hari kita meninggalkan solat Subuh , dan tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa kita hanya berikhtiar , Allah yang menentukan keputusannya agar akidah kita tidak goyah dan kita akan berasa senang dengan apa jua yang ditetapkan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya :)

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang dalam kalangan kamu , apabila dia melakukan sesuatu dia melakukan dengan bersungguh - sungguh dan teliti . (HR At Tabrani)

1 comment: