Friday, April 15, 2011

Bercinta ?

PERINGATAN!!!!!!

ARTIKEL INI BUKAN BOLEH DIBACA OLEH SEBARANGAN ORANG….

HANYA ORANG YANG MEMENUHI SYARAT DI BAWAH SAHAJA YANG

LAYAK MEMBACANYA…..BERANI?????

SYARAT – SYARAT UNTUK MEMBACA :

1. Hati anda perlu terbuka…sedia menerima teguran.

2. Anda akan memikul satu tanggungjawab yang berat selepas

membaca artikel ini….adakah anda bersedia?????

3. Sekiranya anda tidak melaksanakan apa yang diarah,anda akan

mendapat dosa dari Allah dan akan ditanya tentangnya di Padang Mahsyar kelak…..takut???

4. Namun sekiranya anda berubah dan mengikutinya….anda akan

mendapat pahala dari Allah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat…insyaAllah……

5. Artikel ini merupakan fenomena popular di kalangan kita…dan

pastinya anda turut mengalaminya dan pernah memikirkan tentangnya….tak percaya???

6. Hanya orang yang mengimpikan syurga Allah sahaja yang dibenarkan

membaca artikel ini….bagi yang nak neraka..benda ni tak penting buat mereka….

7. Anda harus membaca setiap perkataan dan ayat. Jangan sesekali anda skip….

8. Bacalah dan hayati…moga mendapat manfaat….

KEPADA MEREKA YANG ADA CINTA TERLARANG....

1. Kami tidak berzina!
-Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

2. Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum..
adakah menghampiri zina ?
-Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.


3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita
yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan
dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita
kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan
nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.
Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan
tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.
Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan
perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi
dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya
berjalan (menuju ke tempat dating). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di
dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun, kalau tidak di berkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan.
Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah
berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak
macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah
study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu
dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri
ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau
naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang
dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada
diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.
Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan
kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan
qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,
bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang
sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia
melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa
“sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada
yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (hadis Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian
perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan, kemudian
duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual
sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk
semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam
… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan
cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah
sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa
yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun.
21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu
peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita
sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan
memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya
memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempuan
seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh
test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mi goreng dan segelas sirap, bawalah
kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti, mereka ada
pasangannya. Firman Allah:“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta
perempuan yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?

- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putuskanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa melainkan
dengan insan yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Penerima taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa.
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu
kepada orang lain? Oh Tuhan, hamba Mu ini berdosa..




Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

Tahniah…anda Berjaya membaca keseluruhan artikel ini…..kini anda mengetahui
yang mana betul dan yang salah…anda telah menggalas satu tanggungjawab….
dan Ingatlah di akhirat nanti, anda pasti tidak dapat berdalih sekiranya Allah bertanya
kepada anda (sekiranya anda tidak mengambil iktibar dan tidak membuat sebarang tindakan)
Sekian….

No comments:

Post a Comment