Monday, December 19, 2011

INFO KESELAMATAN: You're being harassed,what to do???

Akhir-akhir ini, semakin banyak kejadian tidak diingini telah berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah oleh masyarakat tempatan terutamanya terhadap pelajar perempuan yang dianggap lemah oleh mereka. Kecurian dan penipuan adalah perkara yang telah berleluasa sekian lama, namun bagi pelajar perempuan pula, mereka lebih berisiko, dan seringkali menjadi mangsa sexual harassment oleh lelaki-lelaki Arab. Pelajar perempuan menjadi mangsa raba (di dalam teksi,and even semasa berselisih bahu dengan lelaki Arab di jalanan!), sering diucapkan kata-kata lucah oleh lelaki Arab, bahkan diajak masuk kereta. Lebih malang lagi, perbuatan meraba dilaporkan telah terjadi kepada siswi yang berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya. 


Oleh itu, demi menjaga keselamatan diri, langkah berwaspada haruslah dipraktikkan supaya pelajar Malaysia tidak lagi menjadi mangsa masyarakat tempatan yang tidak bertanggung-jawab. Berikut adalah senarai perkataan-perkatan yang dapat diucapkan, jika anda terperangkap dalam situasi yang tidak diingini seperti di atas:


1. حرامي - Pencuri!!

2. ساعدني - Tolong aku!!

3. هو مس جسدي - Dia telah pegang tubuh badan aku.

4. حرام عليك - Haram ke atas kamu!!

5. إبعد عني - Jauhkan diri daripada aku.

6. إحفظ - Jaga-jaga.

7. بلطجية هنا - Samseng di sini.

8. خلي بالك - Ambil perhatian!

9. أنا في الخطير - Aku dalam keadaan bahaya!!

10. إحتراس - Berwaspada.

11. لا تزعجها - Jangan kamu ganggu dia.


12. حسبنا الله ونعم الوكيل - Aku berserah padaMu Ya Allah dan Aku bertawakal


Bagi pelajar perempuan terutamanya, harus ingat bahawa jika terperangkap dalam situasi tidak diingini, anda harus mengumpul kekuatan dan menjerit sekuat mungkin sekalipun anda tidak mengingati perkatan-perkataan di atas. Ini penting supaya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap anda. Orang ramai akan bergegas ke arah anda dan InsyaAllah, manusia durjana itu akan kena balun dengan orang ramai pulak (serve you right @#$%^!). Malang sekali, dalam banyak kes yang dilaporkan, pelajar perempuan tidak berupaya menjerit dan gagal berbuat apa-apa sebab dah terlalu terkejut agaknya.....so kawan2, marilah ubah tanggapan masyarakat Arab terhadap kita dan tunjukkan bahawa pelajar Malaysia tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya, OK!

Selain itu, other precautions should be taken seperti elakkan berjalan berseorangan, menggunakan khidmad mushrif, mempelajari martial arts, mendapatkan pepper spray, dan sebagainya. Please love yourself cuz Allah, and countless other people love you!

No comments:

Post a Comment