Wednesday, December 28, 2011

CONGRATULATIONS To The 'Breast Cancer' Team!


Tahniah

Sekumpulan pelajar daripada kelas kita telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama 'Pathology Presentation Competition' anjuran universiti pada hari ini. Kumpulan yang dianggotai oleh Najwa binti Mohd Hamdan, Nurfarahin binti Ekram, Nurfatihah binti Ekram, Nor Farhana binti Mohd Zin dan Nabila binti Mohd Salim telah menyampaikan pembentangan bertajuk 'Breast Cancer' dan berjaya menawan hati para juri yang terdiri daripada Profesor dan Dr dari Pathology Department. Pertandingan tersebut diadakan dari pukul 2 hingga 5 petang di Muzium Pathology.


Pembentangan mereka yang kreatif, bersemangat, dan meyakinkan itu telah mendapat pujian bukan sahaja daripada para juri, bahkan hadirin yang lain juga. Semoga kemenangan kumpulan ini dapat menggalakkan ahli kelas yang lain untuk menyertai pertandingan seumpama ini lagi pada masa akan datang.


(maaf gambar kurang berkualiti)

No comments:

Post a Comment