Saturday, August 20, 2011

Dari Tinta Pengerusi




“Ada kalanya perjalanan kita tidak sama dengan orang lain, adakalanya kita didepan dan ada kalanya kita terkebelakang mungkin yang memisahkan kita dengan mereka hanyalah jarak masa. Maka teruskanlah melangkah agar masa anda tidak terhenti ”
Kepada sahabat-sahabat yang akan menghadapi peperiksaan dur thani, saya yakin kejayaan hanya setapak sahaja lagi di hadapan kalian. Maka, tanamkanlah keyakinan yang utuh untuk berjaya !

Sahabat-sahabat sekalian, boleh jadi makna kejayaan yang kalian akan kecapi hasil daripada usaha ini adalah lebih manis dan lebih bermakna daripada kejayaan yang diperolehi oleh sahabat-sahabat yang lebih awal daripada kalian.. Maka disaat-saat sebegini kuatkanlah usaha dan daya kalian untuk terus melangkah sehabis mampu untuk merangkul kejayaan ini.

Sahabat-sahabat, anggaplah apa yang sedang kalian penat-lelahkan ini adalah suatu perjuangan, perjuangan antara kalian dengan Tuhan kalian. Bukankah Allah itu Tuhan kita dan Dia terlalu dekat sentiasa menemani ibadah menuntut ilmu yang sedang kalian tempuhi ini ?

Saya doakan kejayaan yang penuh keberkatan buat kalian semua. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur sama ada ketika kita senang ataupun ketika kita susah.

Sekian,

Ahmad Azizi Bin Md Jusoh

1 comment:

  1. syukran akhi kabeer. enta kuwais masyaallahu rabbuna..

    ReplyDelete