Monday, January 24, 2011

Info keselamatan semasa EXAM !

PERHATIAN ! Semalam, 22/1/2011 mahasiswa/wi Tahun 2 Konvensional dikejutkan dengan 2 kes kecurian yang berlaku semasa peperiksaan Anatomi di Dewan Hafiz.

Kejadian hanya disedari apabila mangsa ingin mengambil begnya semula yg diletakkan di tepi dewan setelah selesai menjawab peperiksaan dan mendapati barang-barang berharga seperti wang dan telefon bimbit mereka telah dicuri. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/wi, diingatkan supaya :

1) Memastikan barang berharga anda tidak disimpan di dalam beg yg diletakkan ditepi dewan semasa peperiksaan

2) Memastikan tidak membawa jumlah wang yang banyak sekiranya tiada keperluan yang mustahak

3) Memastikan semua barang-barang berharga dalam keadaan yang selamat dan terjaga

Sebar-sebarkan
PCM 2010/2011

No comments:

Post a Comment