Wednesday, April 13, 2011

Perkongsian : Slideshow CNS + Soalan MCQ


Senarai slide yang ada : Basal Ganglia , Cerebellum , Thalamus , Vestibular Apparatus .

Terima kasih buat yang sudi berkongsi . Slides ini digunakan oleh Dr Abdel Aziz dalam kuliahnya .


Soalan MCQ STAR 12/4/2011



Buletin Seeker : Terharu dan Tidak Sangka

Nabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Akhawat 10/11
Nazrin menerima anugerah Tokoh Komited Ikhwah daripada ketua batch .
Diam - diam ubi berisi : Haizaq dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Ikhwah
Dari kiri : Ainun Nadhirah (Tokoh Komited) , Nabila dan Haizaq (Tokoh Pelajar) , Nazrin (Tokoh Komited)


DEWAN KULIAH TINGKAT DUA : Senarai penerima anugerah tokoh pelajar akhirnya diumumkan Isnin lepas oleh Timbalan AJK Disiplin Batch , Nur Aisyah Mohd Akil . Pengumuman dibuat ketika 'gap' antara kuliah Physiology (Metabolism) dan Anatomy (Neuroanatomy) . Pemenang dipilih melalui syura antara AJK Batch di mana pada setiap kategori (akhawat dan ikhwah) ada pemenang daripada kumpulan 9 dan kumpulan 10 . Berikut merupakan senarai pemenang anugerah :

TOKOH PELAJAR (L) : MOHD HAIZAQ FARHAN BIN RAMLI
TOKOH PELAJAR (P) : NABILA BINTI MOHD SALIM

TOKOH KOMITED (L) : MOHAMAD NAZRIN SYAFIQ BIN MOHAMAD NASIR
TOKOH KOMITED(P) : AINUN NADHIRAH BINTI MOHD RAZIF

Ketika diminta menyampaikan ucapan , Nazrin Syafiq atau lebih dikenali sebagai Sapique Nematoda menyatakan bahawa niat untuk ke kuliah haruslah dibetulkan . Beliau juga mengingatkan rakan - rakan yang lain agar mengajak ahli rumah untuk bersama - sama ke kuliah . Haizaq , penerima anugerah tokoh pelajar dan Ainun , penerima tokoh komited pula tidak menyangka bahawa mereka terpilih untuk menerima anugerah tersebut . Penerima anugerah tokoh pelajar akhawat , Nabila pula menyatakan bahawa sikap rajin ke kuliah adalah satu usaha untuk membantunya dalam menghafal .

InsyaAllah , semoga penghargaan ini dapat memberi teladan kepada kita pada masa hadapan . Wallahualam .





Tuesday, April 12, 2011

Koleksi Slides Histology Tahun 2

Perkongsian daripada penerima tokoh pelajar kita :) semoga bermanfaat buat semua .

(P.S : Rasanya ada slides yang tertinggal , oleh itu diharapkan agar kawan - kawan rajin untuk ke makmal Histology sendiri untuk melihat slides sebagai latihan menjelang peperiksaan amali nanti .)

Saturday, April 9, 2011

infoMEDIK : Disorders of the Basal Ganglia~CNS

Parkinsonism





Sydenham's Chorea



Huntington's Chorea




Athetosis




Ballismus



p/s : untuk tahu maklumat lebih lanjut, boleh rujuk buku...rajin-rajin menbaca :)

ANUGERAH TOKOH PELAJAR 10/11~