| ||||||
Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
INFO LATEST!!!
1. Perhatian bagi mereka yang mendapat anugerah universiti baru-baru ini, Sahli, Shahrul Azmi dan Haizaq Farhan. Anda diminta untuk hadir ke satu mesyuarat pada 26 Desember ini, pukul 11 pagi bersama Dr. Nisreen.
2. Jaulah ke Alex-Cairo, pada 30 Januari ini, yuran 100LE -anjuran gamaah.
3. Trip ke Luxor dan Aswan dibatalkan kerana kurang penyertaan.
4. Library dibuka kepada Malaysian students, hari Jumaat, 9am-4pm.
5 Sila bayar duit kelas bagi mereka yang masih belem menjelaskan bayaran.
6. Sila allert dengan kumpulan presentation or diagram masing-masing kerana sekarang ini merupakan musim pembentangan dan submit kerja2 anda.
7. Bagi yang menyertai program Basic Life Saving, ia akan diadakan pada 14 Januari ini, dan anda yang terlibat dikehendaki membayar yuran sebanyak 120LE kepada ketua kelas.
8. ATTACHMENT during winter break.
-3 department, select only 2 of them.
~Gastrointernlogy
~Emergency
~Oncology
- Sila beri nama kepada Najmi (ketua kelas) bagi mereka yang berminat.
terima kasih..
LATEST ABOUT TUTORIAL~
2ND YEAR TUTOR CLASS
The time scheduled for this week's tutor is as follow;
Physiology : Monday, 7.30 p.m.
Biochemistry : Wednesday, 7.30 p.m.
Anatomy : Thursday, 8.00 p.m.
All the classes will be held at Darul Rahmah and please be punctual.
Date : 24th December 2010 (Friday)
Time : 3.30-5.00 pm
Venue : Darul Rahmah
Subject : Biochemistry & Physiology (1st year)
This class will be held on EVERY FRIDAY starting from this week. Those who are interested are most welcome to attend the class. For any inquiries, please contact khalid shah (0114721672).
PERHATIAN : PRESENTATION BIOCHEMISTRY GROUP 9
GROUP 1
( 1-13 ) : Sahli (1) - Inborn error of CHO metabolism
GROUP 2
( 14-26 ) : Haziqah (14) - Inborn error of lipoprotein metabolism
GROUP 3
( 27-39 ) : Syamim (27) - Inborn error of protein metabolism / Individual amino acid
GROUP 4
( 40-52 ) : Ashraf (40) - Non-protein nitrogenous compound
GROUP 5
( 53-65 ) : Azim (53) - Lipotropic factors & fatty liver
GROUP 6
( 66-78 ) : Aisyah Akil (66) - Glucose Homeostasis
GROUP 7
( 79---- ) : Hanaa (79) - Insulin synthesis, secretion, mode of action & degradation.* Pembahagian group sama mengikut list names. Sila ingat no. sendiri..
* Senarai nama boleh cek di blog medicseeker.
syukran.
PROFESIONAL DAY
Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum w.b.t
Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan. Hadis di atas adalah sebahagian daripada nilai akhlak yang Baginda Nabi Muhammad ajarkan kepada kita bahawasanya Allah itu cantik dan sangat suka kepada hambanya yang menjaga kecantikan. Kecantikan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas kepada rupa paras semata, bahkan yang lebih penting adalah cara ia menampilkan dirinya di khalayak, di samping memiliki hati sebersih dan semurni pakaian yang menutupi dirinya.
Sahabat-sahabat sekalian,
Apakah persepsi anda apabila suatu hari, anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak kemas, datang kepada anda dengan berbajut t-shirt , berseluar jeans, dan bersandal? Adakah anda yakin bahawa dia seorang doktor berkelayakan? Dan adakah anda yakin dengan perkhidmatan dan nasihat yang diberikannya? Tentu sekali tidak! Lebih malang lagi, jika anda tahu bahawa dia adalah seorang doktor lepasan universiti dari Mesir!
Begitu juga halnya sebagai seorang mahasiswa sains kesihatan, cara pemakaian kita akan diperhati oleh masyarakat sekeliling kita. Sebagai bakal doktor pada masa hadapan, gaya pemakaian kita haruslah kemas dan meyakinkan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, hal ini bertitik tolak dari tabiat pemakaian kita semasa di alam mahasiswa lagi. Maka atas sebab itu, timbullah idea di kalangan kami selaku AJKT Tertinggi PERUBATAN seluruh Mesir untuk menganjurkan Hari Profesional PERUBATAN bagi menjadikan gaya pemakaian kemas dan meyakinkan sebagai satu tabiat mahasiswa sains kesihatan Malaysia di Mesir. Tambahan pula, di Mesir ini, tiada satu ketetapan khusus tentang etika pemakaian di Universiti. Biarpun definisi ‘profesional’ itu lebih luas merangkumi nilai-nilai dalam diri sehinggalah gaya penampilan luaran, namun gaya pemakaian merupakan elemen penting bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri dan juga orang lain terutamanya pesakit terhadap diri kita.
Antara objektif pelaksanaan Hari Profesional ini adalah ;
1. Melatih mahasiswa supaya berpakaian kemas ke kuliah
2. Melatih mahasiswa supaya sentiasa mementingkan penampilan dan kekemasan diri
3. Sebagai lambang persepakatan dan kesatuan dalam kalangan mahasiswa PERUBATAN seluruh Mesir Bertemakan ‘I Am Professional!’, Hari Profesional ini akan dilaksanakan pada setiap hari ISNIN SETIAP MINGGU, dengan mensasarkan penglibatan seluruh mahasiswa Sains Kesihatan Malaysia seluruh Mesir.
Berikut merupakan kod etika pemakaian yang telah dipersetujui;
Kod pakaian : formal
Mahasiswa lelaki
•Berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang slack (tidak memakai jeans)
•Memakai tali leher
•Berstokin dan berkasut kulit yang bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
•Berambut kemas
•Memakai blazer jika ingin nampak lebih kacak
•Memakai minyak wangi
Mahasiswa perempuan
•Berbaju kurung
•Memakai tudung dengan kemas dan tidak menampakkan dada
•Kasut bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
•Pakaian tidak menjolok mata, ketat atau jarang
•Jika anda bermake-up, memakai aksesori atau pewangi hendaklah secara sederhana .
Akhirnya, setinggi harapan diletak agar semua mahasiswa PERUBATAN dapat mematuhi etika yang telah ditetapkan ini. Lebih cantik lagi jika ia menjadi amalan setiap hari, bukan sahaja pada hari yang telah ditentukan. Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan generasi graduan yang sedar akan kepentingan penampilan diri apabila pulang ke Malaysia kelak, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

